Pages

Powered by Blogger.

Saturday, January 16, 2010

misi kebajikan di kg melaka pindah(melaka)

16 januari 2010....

pemergian bersama terbitnya matahari di ufuk barat.walaupun rasa tak berapa sihat lagi,tapi demi keikhlasan kepada allah ana gagah kn juga kaki untuk bangun dikala adik2 yang lain masih tidur.hmm...nak tau kenapa misi kebajikan? Sbb yang ana tau kami akan buat khidmat masyarakat di kg seorang pelajar syariah bersama belia kg.tapi apabila sampai,kain rentang itu tertulis.PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG BERSAMA....pelajar uitm,pemuda umno melaka dan belia kg.tapi demi niat yang terpasang sudah,ana gagahkn juga.buat je seikhlas mungkin demi allah.walaupun mereka melempar kan sampah tapi kita harus membalas dengan kebaikan( kata2 seseorang yg masih kekal dlm ingatan).

rasa sedih sgt melihat rumah yang akan kami buat kebajikan.keadaan dapur yang dua alam( tuan rumah menjadikan dapur sebgai dapur dan bilik jg) memang memberi keinsafan pada diri.dapur sebahagiannya tak ada zink dan ruang tamu yang ada memang kecik.ya allah....ada juga yang hidup sebegini di negara yang dikatakan maju.kenapa hanya menolong pada waktu 2 tertentu?? kemana perginya hak mereka?? sedih !! amat sedih.

Tuan rumah( ana lupa nama dia) hanya bekerja kampung.isteri pula tidak bekerja dan mempunyai 2orang anak yang oku tetapi kini tinggal seorang.wajah tabah seorang isteri terpamer pada isteri tuan rumah.tabahnya dia....senyum dan terus tersenyum pada setiap soalan yang ana tanya.

Kerja2 kami hanya mengemas dapur kerana di ruang luar di penuhi pelajar lelaki uitm( xselesa sangat bercampur) tugas2 mengecat memang kena dengan diorg.( dari cat hijau bertukar warna jadi biru rumah kecil itu)..yang muslimah pula sekadar yang mampu keluarkan semua barang kat dapur keluar rumah utk memudahkan kerja pembersihan rumah itu walaupun kadangkala di selang seli dengan bunyi jeritan antara pelajar muslimah dan muslim uitm (ha..ha..ada yg geli dgn katak dan lipas)...

tapi yang cabaranya..minit2 ana rehat di bawah khemah, serpihan dahan dari pokok besar tepi rumah jatuh betul2 tepi rumah.dan sepantas yang mungkin amaran di keluarkan,semua sukarelawan di minta keluar dari rumah.pokok besar tu betul2 bergoyang dan menunggu masa untuk jatuh ke rumah...begitu kalut kami semua berlari meninggalkan rumah itu dan duduk jauh pada rumah jiran.3mint slps amaran di keluarkan pokok besar tu betul2 jatuh dan meninggalkan kesan yang agak takut dalam diri kami semua.keadaan memang tak selamat untuk kami masuk ke dalam rumah.agak lama keja kami terbengkalai.tapi nak buat macam mana keselamatan lagi penting.

Kira2 pukul 1 kami semu bergerak ke balai raya dan menunggu kumpulan pertama dari kawasan yang membuat kebajikan di rumah lain utk berkumpul kembali.dan kira2 pukul 3 kami bertolak pulang ke bangi...masing2 pulang dengan muka letih kerana seharian kaki tangan bergerak .semoga pahala yang kita dapat utk bekalan akhirat...amen.....

0 comments:

Post a Comment