Pages

Powered by Blogger.

Friday, December 25, 2009

papadom



bersyukur kehadrat ilahi,ana masih lagi diberi kesempatan hidup pada tahun baru hijrah.alhamdulillah sangat.syukran ya ALLAH...




papadom..satu cerite yang membuatkan ana teringatkn abah.jatuh bangunya abah dari perniagaan dapat ana lihat sendiri.abah berusaha untuk memberi kehidupan yang senang pada kami.sama macam saadom yang berusaha membesarkan perniagaan nasi kandar. dan dalam masa yang sama cuba mencurahkan masa untuk anak tunggalnya miasara.




ya..abah memang mengongkong kehidupan ana dengan adik2.masa kami lebih banyak di rumah.ana hanya di benarkan keluar jika ada latihan bola jaring dan kawad kaki( waktu sek rendah) itu pun abah akan ikut ana ke padang sekolah dan tengok dari jauh.waktu2 yang lain kami terkurung di sebalik gate besi.jika dulu ana protes kenapa tak bagi kami keluar bermain dengan budak2 lain.pergi ke sungai atau ke padang?tapi bila dah remaja ni ana dah tau jawapanya.




di sekolah,ana masih ingat.abah akan pesan pada makcik kantin supaya tengok2 kn kami makan nasi ke tidak pada waktu rehat( duit ana lebih banyak habis pada benda2 lain).jika tidak abah akan paksa kami makan nasi dahulu sebelum ke sekolah pada hal kami semua memang tak boleh nak makan nasi pada waktu pagi,nasib baik abah bukan macam uncle dom bawa nasik kandar ke sekolah.kadang2 kantoi juga dengan abah he..he..




semua perkara yang akan di buat mesti bagitau abah dulu.mana yang negatif, permohonan akan di tolak dan mana yang elok akan diterima(biasanya aktiviti perkhemahan tak dapat nak ikut).bak kata dari A hingga ke Z semua dalam kocek abah.bagi sesetengah orang mungkin rasa rimas di kongkong,tapi bagi ana alhamdulillah.di jaga itu tandanya ayah kita sayang kita. walaupun ana jauh dari abah,tapi setiap kali keluar ke mana2 ana mintak izin dulu.mungkin sahabat2 fikir ayah kita tak nampak kita.tapi inilah ana,anak yang biase hidup macam ni.




ana suka tengok cara uncle dom jaga mia.ya allah..ana rasa bertuah sangat abah macam tu.bukan rimas atau bosan lagi." betapa susahnya seorang lelaki nak meluahkan rasa sayangnya pada orang yang dijaganya" satu dialog uncle dom pada amat,kawan


mia. dan ana tau,abah kongkong ana dulu sebab abah sayang ana.abah takut ana jadi liar.abah tak mau ana macam remaja lain.syukran abah..sebab tarbiah along dari awal.....along sayang abah.




0 comments:

Post a Comment