Azam baru..
salam kasih sayang buat sahabat2 ana yang di sayangi selalu.
Dalam meniti hari,kita tak sedarkan umur kita bakal mengakhiri zaman remaja dan bakal melalui zaman dewasa.tinggal beberapa hari lagi tahun 2010 bakal menghampiri.maka kenangan yang lalu mungkin jarang orang kenangkan lagi . Takut terluka atau takut mengingati saat yang sedih.
hm...cerita pasal azam baru,hanya satu azam yang ana tak dapat tunaikan lagi.nak tau apa??.azam ana yang masih tertunggak adalah ingin istiqamah dalam mengerjakan solat dhuha.setiap hari ana perlu ke kelas jam 7.30 pagi.dan masa untuk buat solat sunat dhuha memang tak ada.jika hari cuti pula, aktiviti ko-kokurilum memanuhi masa ana. Kadang rasa nak nangis je...sebab tak pernah dapat istiqamah.Bila cuti sem je ana dapat buat penuh.
Kat rumah,ana jeles dengan mama.sebab mama dapat buat solat sunat dhuha sebelum pergi kerja.mama dapat istiqamah dalam solat dhuha. Ana nak jadi macam mama.selalu buat dan dapat amal sampai bila-bila.baru hidup berkat kata tok cik.ye..ana akan usaha juga walaupun tak penuh juga tahun depan.insyallah..semoga allah panjangkan umur ana lagi untuk buat.
Info tentang solat dhuha....
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
selamat beramal sahabat ku...
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment