rumah banglo dua tingkat itu riuh dengan suara orang berkejaran.dari tingkat atas suara itu menuju laman rumah .keadaan itu tidak mengganggu seorang lelaki yang sedang leka membaca buku .
“ walid...tengok adik ni.dia ambik buku along” mendengar suara di hadapannya,ibrahim meletakkan buku hadis 40 yang baru di beli semalam.
“kenapa ni abang long? “ dia cuba tersenyum melihat anak terunanya yang sudah merah muka.bagaikan orang yang cuba untuk tidak menangis sahaja.
“adik ambik buku along..”anak perempuanya pula kelihatan mempamerkan gigi sahaja sambil memegang sebuah buku.dia baru faham punca bunyi bising dari dalam rumah.
“adik..tolong ummi ambik kuih kat dapur” suara seorang perempuan di muka pintu mengalih perhatian ibrahim pada masalah anak-anaknya.pantas sahaja solehah masuk kedalam rumah.dia meletak kembali buku di hadapan shahid.
“kenapa ni along? Abang ?? “
“ adik ambik buku along tadi..” ibrahim memberi penjelasan apabila melihat anak terunanya sudah diam apabila mendapat kembali bukunya.sumayyah hanya tersenyum.ragam anak-anak apabila semua berkumpul di rumah pada cuti sekolah.
“wah!! ummi sedapnya nampak kuih ni” solehah meletakkan sepinggan besar kuih yang berwarna-warni di atas meja.melihat solehah duduk pantas sahaja shahid mencubit lengan adiknya.
“along!! dah la tu.dah dapat balikkan buku tu” sumayyah pantas menegur.
“maaf ummi,”shahid tidak berani lagi mengangkat kepala.
“adik kenapa usik along?walid tak ajar anak walid usik orang tau” ibrahim mula campur tangan.dia tidak mahu sebelah pihak sahaja nampak bersalah.
“tadi adik nampak along baca surat.adik nak tengok tapi dia tak bagi.adik bawak larilah buku yang ada surat tu”mendengar sahaja kata solehah,sumayyah dan ibrahim saling berpandangan.pasti ada sesuatu yang di sorok oleh anak teruna mereka .
“along tak nak kongsi dengan ummi ke? “sumayyah memandang wajah anak yang berusia 14 tahun itu.bersekolah di asrama membuatkan mereka tidak selalu dapat berkumpul seperti hari itu.shahid mula mengeluarkan sepucuk surat dari buku bahasa arab dan memberikan kepada umminya.
“Siapa yang bagi ni? “usai membaca,dia bertanya .
“budak perempuan sekolah agama ,tempat along musabakah hafazan al-quraan.dia sepupu kawan along.” muka shahid mula merah kerana malu..sumayyah dan ibrahim mula faham,anak mereka sedang meningkat remaja ,kata orang seumur begitu mereka sedang mencari identiti diri sendiri.kalau silap pilih maka hancurlah masa depan,tapi jika pandai mengatasi maka cerahlah jalan yang akan di lalui.
“ummi marah ke? “
“tak adalah! Mana ummi marah.tapi...along balas ke surat ni?? “ dia ingin tahu sejauh mana kepekaan ilmu agama anak terunanya yang dihantar jauh menuntut ilmu agama.
“tak,along tak balas pun.lagi pun along fikir tak de kelebihan along buat macam tu”
“alhamdulillah..”serentak sumayyah dan ibrahim mengucap kalimah itu.anak mereka memang memanfaatkan ilmu agama yang di beri.
“ustaz selalu kata,cinta waktu belajar banyak memberi khayalan dan angan -angan yang palsu.dan cinta yang paling indah adalah cinta selepas ijab kabul.betul ke walid? “ petah shahid mengingati semua yang ustaznya ajar.
“kalau kita patut bercinta selepas kawin,habis tu macam mana ummi dan walid jumpa? Sebab banyak dalam buku tulis..jodoh tak akan jumpa kalau tak bercinta dulu ?”belum sempat ibrahim menjawap pertanyaan anak terunanya,anak gadisnya pula cepat-cepat bertanya.'anak-anak sekarang lebih matang dari umur' fikir ibrahim.dia hanya tersenyum melihat anak-anaknya menanti jawapan darinya.
“adik ni mesti terpengaruh dari novel cinta kan? “sumayyah mula mengusik.
“he...he..,cepat la walid? Soalan tadi ada 2 tau.” desak solehah.
“hm..betullah apa yang ustaz along kata tu.kita akan merasai nikmat cinta tu lepas kawin.nak tau kenapa? Sebab pasangan kita tu dah sah jadi milik kita.yang bercinta sebelum kawin tu belum tentu itu jodoh mereka,bercinta bagaikan dunia mereka yang punya tapi last putus juga.allah yang berkuasa tentukan kita milik siapa?.jika kita jaga cinta kita betul-betul untuk pasangan kita ,maka cinta yang penuh itu akan rasa indah” ibrahim memandang sumayyah di tepinya yang tersenyum mendengar jawapan itu.dia bersyukur sangat kerana memiliki mawar berduri itu.
“soalan kedua tu walid? Macam mana walid jumpa ummi dan kawin?”
“allah yang tentukan jodoh” ringkas sahaja jawapan ibrahim.
“alah...walid.cakap la betul-betul.” desak solehah.sumayyah senyum lagi.dia masih mengingati saat-saat itu.melihat suaminya yang diam,dia menggenggam jari jemari itu dan mendapat reaksi.mereka saling tersenyum seketika sebelum suaminya menyambung cerita.
“betul ke anak-anak walid nak dengar ni?” dia cuba berdalih.
“betullah walid”serentak shahid dan solehah menjawap.ibrahim menarik nafas perlahan.mengingati kembali saat-saat yang pernah dia lalui.
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment