Pages

Powered by Blogger.

Saturday, December 5, 2009

perkahwinan

Perkahwinan...

penyatuan dua keluarga,pengikat silatulrahim yang kuat.bersatu dengan seorang hamba allah bermakna,bersatu dengan seluruh ahli keluarganya.ibu bapanya bagaikan orang tua kita sendiri.tidak ada halangan dalam mendapat kasih sayang.
Bagi seorang pengantin lelaki,tanggungjawapnya makin berat dengan satu peralihan kuasa keatas seorang isteri.dia adalah seorang anak,seorang suami dan insyaallah...seorang ayah yang akan mentarbiah anak2 yang bakal lahir.sifat kesabaran perlu di tingkatkan demi mengekal keharmonian.kerana 5 tahun awal perkahwinan adalah tempoh percubaan dalam megenali hati budi pasangan.kadang kala dalam 5 tahun keadaan sentiasa panas.bagi yang bercinta mungkin akan terdetik dalam hati” kenapa zaman bercinta dia tidak seperti ni? “ ya..kerana ramai orang akan hipokrik dengan cuba melindungi sifat asal demi menyenangi hati pasangan.

Tanggungjawap seorang pengantin lelaki juga bukan semata-mata dengan menginginkan isteri sentiasa di sisi.tetapi cubalah memahami keluarga sebelah isteri.kerana bagi seorang anak perempuan,apabila perkahwinan berlaku dia akan lebih mengutamakan suami dan di situlah seorang suami perlu memahami tanggungjawapnya sebagai menantu dengan membawa isteri sesekali pulang ke pangkuan ibu bapa.kerana berdasarkan pasangan yang di jumpai,suami lebih mengutamakan keluarganya dan mengabaikan keluarga sebelah isteri.

Bagi seorang pengantin perempuan,memasuki alam baru perkahwinan bererti kita perlu meninggalkan satu sifat yang bakal meruntuhkan masjid yang baru terbina. “suka ikut kepala sendiri” satu sifat yang tidak akan membawa perubahan positif dalan kehidupan.jangan jadikan mentua sebagai orang luar.tapi jadikan mentua sebagai kawan rapat kita.seorang anak lelaki akan mengikuti kata-kata ibunya.dan di situlah kata kunci untuk kita kekal harmoni.jangan biarkan diri lebih di hargai dari ibunya.keberkatan rumahtangga adalah dengan kesenangan hati mentua.seorang ibu akan cemburu apabila melihat anaknya melebihkan orang baru dalam hidupnya.

Cuba jadikan diri kita sebagai penawar dalam rumahtangga.bukan semua anak diberi perhatian oleh ibu bapa.mungkin seorang suami itu masih tidak boleh melupakan kisah dahulu@ cuba melupakan seorang ibu yang mungkin dulu tidak mempedulikan dia.kehadiran isteri baginya sudah cukup,tapi sebagai penawar yang baik cuba rapatkan perhubungan itu( kisah ini ana melihatnya sendiri).kerana hubungan ibu dan anak tidak akan terputus sampai bila2.seorang pengantin perempuan juga perlu adil .adil?? hm..adil dalam mendapat kasih sayang suami.suami,perlu utamakan ibunya dahulu dari seorang isteri.seperti di atas,apabila rapat dengan ibunya,maka kunci untuk tidak terasa hati apabila di abaikan suami adalah senang.
Satu rasa, dua hati.. penyatuan dalam menuju syurga abadi.andai di isi dengan mahabbah warahmah...ya allah,kekalkan lah janjimu untuk ikatan ini.

0 comments:

Post a Comment