Selesai bersarapan
dengan nasi goreng, pakcik amin mengajak akmal ke kolam ikan air tawar di
belakang rumah. Terdapat 2 buah kolam
yang besar. 1 kolam penuh dengan ikan
dewasa, manakala sebuah kolam lagi terisi dengan anak-anak ikan.
“ikan apa ni
pakcik?” akmal memandang pelik. Kolam itu hanya di penuhi dengan ikan yang
berwarna hitam.
“ini ikan
keli. Ikan air tawar yang selalu mendapat permintaan yang tinggi”
“kenapa
hanya ada ikan keli, ikan lain tak ada ke?”
“setakat
ini, pakcik hanya mampu uruskan kolam ikan keli je. Itu pun ada orang bantu .
Manalah larat nak urus sorang-sorang “
Pakcik amin
menunjukkan kearah seorang pemuda yang sedang memberi ikan makan.
“itu ahmad
anak angkat pakcik. Dialah yang urus
kolam ikan ni.”
“apakhabar?”
akmal menghulurkan tangan kepada ahmad. Selepas tangan bertaut, ahmad
menggerakkan tangan sebagai isyarat pertanyaan akmal tadi.
“ ahmad ni
bisu dari kecil lagi. Walaupun Allah tarik nikmat suara dia, tapi ahmad tak
pernah mengeluh dengan ujian. “ pakcik amin kelihatan sayu memandang pemuda
yang
rajin itu.
“dia tinggal
kat mana?”
“tu…kat
bilik belakang. Dia minta nak duduk di situ sebab katanya tak adalah pergerakan
anak-anak perempuan pakcik terbatas kalau balik kampung.”
“abang,
minyak masak dengan sos cili dah habis” kedengaran suara makcik karimah
“ ada
apa-apa lagi yang awak nak saya beli?”
“Hm..abang
nak makan apa hari ni, beli lah bahan yang abang nak makan tu. Saya boleh
masakkan” leka akmal melihat perbualan pasangan dihadapanya.
“
hm..yelah” pakcik amin mengangguk faham.
“akmal..”
“ya..pakcik”
“mari kita
pergi pasar pagi”
“er..ya,
saya ambil kunci kereta dulu pakcik”
Akmal hilang
sekelip mata kedalam rumah kayu berwarna hijau. Dan kembali secepat yang
mungkin dengan kunci kereta dan dompet.
“ahmad, abah
nak pergi pasar ni. Nanti cuci kolam anak ikan tu.” Ahmad hanya
menganggukkan
kepala tanda faham.
Tidak sampai
5 minit, mereka sudah berada di dalam kereta akmal. Almera hitam itu meluncur
sederhana menghala kearah yang di tunjuki oleh pakcik amin. Selesai parking
kereta di bahu jalan yang lebar itu, akmal mengikuti langkah perlahan pakcik
amin masuk ke kawasan pasar pagi.
Kelihatan
pengunjung masih ramai mencari barang keperluan memasak dan keperluan harian.
Penjual pula kelihatan rata-rata wanita berusia 40-an dan 50-an. Bau bahan
mentah memberi rasa tidak selesa kepada
akmal.
“ pasar pagi
ni buka pukul berapa pakcik?”
“pukul 8 dah
buka Sampai pukul 1. Kebanyakan penduduk kat sini cari bahan mentah nak masak
di sini lah. Nak pergi Bandar tak berbaloi sebab semua ada kat sini. Kebanyakan
penjual pulak penduduk disini dan sekitar daerah ni”
“Oo..patutlah.
jadi ikan pakcik pun dijual kat sini?”
“ ada juga
ahmad bawa datang sini.kalau ada lebihlah. Sebab kebanyakan ikan habis kepada
tauke kedai nasi bungkus sekitar ni je.”
Akmal
memandang tangan lincah tua itu memilih beberapa jenis sayur. Akmal ikut memegang batang sayur kangkong.
Bagi dia sayur semua sama. Asalkan hijau dia main ambik je untuk di masak.
“kamu nak
makan sayur kangkong ke?” penjual sayur hanya tersengih memandang akmal dan
pakcik amin.
“siapa ni
amin? Tak pernah Nampak pun dia kat rumah kamu sebelum ni”
“ dia tetamu
aku. Saja bawa datang sini berkenalan dengan pasar ni ha” mereka berdua ketawa
tapi akmal hanya tayang gigi putihnya.
Selesai
membayar harga sayur, mereka bergerak pula ke gerai yang ada menjual hasil
tangkapan laut.
“assalamualaikum
suami mithali..” tangan pakcik amin bertaut dengan penjual ikan.
“waalaikumussalam.
Kamu ni ali, satu hari kalau tak mengusik aku memang tak sah ya”
“bergurau
aje amin. Ha, nak beli apa hari ni?”
“bagi aku
sekilo ketam.”
“boleh, aku
bagi kamu ketam yang besar.tapi…cuti sekolah belum lagi. Aisyah balik ke
kamu
beli ketam ni?”
“ aisyah tak
balik lagi. Tapi aku beli ni sebab ada tetamu kat rumah. Nanti aisyah balik aku
beli lagi”
Selain
ketam, ikan kembung juga di pilih untuk di beli. Ralit akmal melihat pakcik
amin yang tak kekok membeli barang basah untuk di masak. Sebelum balik, mereka
singgah di gerai yang menjual bahan-bahan rencah masakan. Botol sos dan botol
minyak masak di ambik pakcik amin. Botol itu di perhatikan, selepas berpuas
hati baru diserahkan kepada penjual.
“Rm 15..”
wang bertukar tangan dan mereka menapak keluar dari kawasan yang menjual barang
basah. Beberapa plastik barang, akmal pegang. Dia kasihan melihat keadaan
pakcik amin yang masih belum kuat lagi untuk berjalan. Rasa hairan datang dalam
dirinya. ‘kenapa makcik karimah tak datang sendiri membeli barang dapur ? ’.
“ buah
anggur merah ni, aisyah suka sangat makan.” Pakcik amin menunjukkan bekas buah
anggur merah yang bersaiz besar kepada akmal.
“sebab dulu
waktu kecil-kecil, pakcik selalu sangat paksa dia makan. Dia tu jenis tak makan
buah sangat. Sebab tu saiz badan dia kecik je”
pakcik amin tersenyum bila menceritakan tentang aisyah.
“pakcik
selalu belilah ya bila dia balik?”
“selalunya
bila anak-anak balik, baru pakcik beli apa yang mereka suka makan. Penjual kat
sini pun dah tahu, bila pakcik beli banyak jenis barang tu..tandanya anak-anak
nak baliklah. Sebab mereka semua tinggal kat asrama dan kerja jauh. Yang
tinggal kat rumah sekarang pun ahmad je dengan kami berdua.”
Perjalanan
mereka di teruskan meneroka pasar basah yang tidak putus-putus di kunjungi
walaupun jam menghampiri ke pukul 12.
waaa... ustazah .. sambungan lagi ? hok2
ReplyDeleteIsbir..Laptop Buat Hal. dia merajuk...jadi tengah pujuk utk ambik n post ^_^
Delete