10 minit bakal menghampiri ke pukul
11, akmal melalui bilik thoriq untuk turun ke bawah. Ketiadaan kak ngahnya,
menyebabkan dia perlu memikul tanggungjawab menjaga thoriq dengan baik. Tak ada
kak ngah maka tak adalah horlick panasnya malam ni. Maka dia perlu membuatnya
sendiri. Tapi melihat bilik thoriq masih lagi terang dengan lampu, dia
menangguhkan dulu tujuannya ke dapur.
“ belum tidur lagi?”
“belum lagi acik, kena siapkan kerja
sekolah ni dulu. Sikit lagi nak siap” thoriq tidak memandang pakciknya di
sebelah. Matanya masih lagi tertumpu pada buku latihan di hadapanya. Kerja
sekolah itu perlu disiapkan malam ini juga.
“biasa tidur awal”
“hari ni tak boleh tidur awal, kalau
tak siap kerja ni nahaslah esok”
“kenapa?” akmal hairan dengan
jawapan thoriq
“cikgu azura garang. Kalau tak siap kerja dia,
alamatnya esok berdiri sepanjang masa dia. Lagi teruk kena buat kerja sekolah 2
kali ganda” terang thoriq
“sampai macam tu sekali? Dahsyat cikgu
tu”
“memang pun acik. Minggu lepas dah
ada yang kena,okey…kerja sekolah dah siap” buku latihan matematik itu di tutup
rapi. Dia menghalakan kerusi meja
belajar menghadap pakciknya di belakang.
“cikgu tu mesti tegas sebab
anak-anak murid dia degil atau malas nak belajar matematik” akmal membuat
kesimpulan sendiri.
“mungkin juga. Tapi thoriq tak nakal
dan tak malas belajar” senyuman manis di hadiahkan kepada pakciknya
“markah ujian yang lepas dapat
berapa matematik?”
“ Hm…matematik dapat B” jujur sahaja
jawapanya
“ cikgu bukan main garang, thoriq
dapat B je? Kalau acik dulu subjek cikgu yang garang acik akan dapat A”
“acik lain….”
“apa yang lainya? Sama je.”
“ha, thoriq dapat A untuk subjek
pendidikan islam, ustazah Aisyah tak garang pun tapi thoriq tetap dapat A”
“ustazah aisyah tu yang pakai selalu
pakai jubah tu ya?” mendengar nama itu, mata akmal kelihatan bersinar-sinar.
Nampak begitu teruja. Duduknya juga tegak menghadap thoriq.
Sejak melihat Tuan Punya nama itu di
hadapan sekolah, akmal selalu ternanti-nanti bayangan pemilik nama itu sejak 2
hari yang lepas. Tapi hampa, sama ada dia terlalu lewat hantar thoriq ke
sekolah atau ustazah itu terlalu awal datang ke sekolah.
“yelah acik. Kat sekolah ustazah
Aisyah je yang pakai jubah. Dia ajar pendidikan islam. Thoriq selalu dapat
A kalau dia buat ujian”
“ Thoriq suka dia?”
“ Ustazah aisyah? Mestilah suka. Dia
mengajar Best…kawan-kawan semua suka. Sebab dia mengajar sempoi, suka bercerita dalam kelas. Tak garang dan
suka senyum”
“Oo…ustazah tu dah kahwin?” Macam
perisik pula gaya akmal
“belum, tapi kawan-kawan selalu usik
ustazah aisyah dengan cikgu Farhan. Diorang sepadan. Muka pun nak sama”
“ cikgu farhan dengan acik, mana
lebih hensome?” soalan berbau cemburu
“mana lebih hensome?Hm…..” thoriq
mengosok dagunya perlahan-lahan. Bergaya seolah-olah sedang memikirkan masalah
Negara.
“cepatlah cakap” desak akmal
“mestilah acik hensome….” Senyuman sinis terukir
“acik dah agak”
“tapi cikgu Farhan lagi Hensome,
hehehe…” usik thoriq
“cakaplah betul-betul. Kalau tak
esok pergi sekolah naik bas” ugut akmal
“betul..acik hensome sikit dari
cikgu farhan, sebab…”
“sebab?..”
“sebab cikgu farhan lagi Hensome
dari acik”
“esok pergi sekolah naik bas!”
ketawa thoriq memenuhi ruang bilik.
*********************************************************
Hari ini dia bangun awal, bangun
awal dari kebiasaan. Sejadah biru di bentang menghadap kiblat walaupun azan
subuh belum lagi berkumandang. Dia mahu buat solat hajat. Orang kata, solat
hajat sebelum subuh lebih afdhol. Sujud yang terakhir, niat hajatnya di buat.
Dengan harapan semoga Allah memakbulkan Permintaanya.
Usai solat hajat, baca al-quran dan
solat subuh bermakmunkan thoriq, akmal turun ke bahagian dapur. Roti sardin dan
air coklat panas di bacuh dengan cekap.
“Wah…Pandainya acik buat roti
sardin. Dah lama thoriq tak makan” puji thoriq
“Dah…jangan banyak cakap, sekarang
duduk makan. Acik nak pergi tukar baju. Yang
lebih nanti masuk bekas plastic,
bekal sekolah”
“wokey..” thoriq makan dengan
selera. Pakciknya macam tahu saja isi hatinya untuk makan roti sardin hari ini.
T-shirt hitam sudah di tukar dengan Kemeja
coklat cair. Berseluar slack hitam yang di gosok kemas, Rambut di sikat rapi
dan yang terakhir jam gaya kasual casio di kenakan pada pergelangan tangan
kiri. Dia lebih suka menggunakan jam itu dari jam yang di perbuat dari besi.
Yang terakhir stoking biru pekat di pakai lalu dia keluar dari bilik menuju ke
dapur.
“Dah siap makan?” sapanya kepada
thoriq
“ Dah” sisa coklat panas di teguk
buat kali terakhir.
“okey, sekarang thoriq pergi
bersiap. Cepat sikit ya”
Menjaga thoriq bukan beban baginya.
Nasib baik dah biasa menguruskan keadaan
rumah dari zaman remaja lagi. Anak
lelaki tunggal dalam keluarga bukan tiket untuk dia bersenang lenang membiarkan
orang lain menguruskan semua kelengkapan
dirinya. Dia dah di asuh dari awal lagi..
“ acik…dah siap” thoriq sudah siap
berpakaian sekolah. Beg sederhana besar di sandang dengan selesa. Dengan cepat
akmal mengemas meja makan. Cawan yang di guna tadi di letak dalam singki
bahagian kering. Balik kerja nanti dia akan basuh.
10 minit kemudian..mereka sudah
berada di perjalanan. Langit belum lagi menampakkan sinar. Kereta di jalan raya
kelihatan sudah banyak.
“acik…”
“ya…” akmal memandang thoriq di
sebelah dengan sekilas pandang. Tumpuannya perlu pada pemanduan. Lebih-lebih
lagi kereta semakin banyak di jalan raya.
“ rumah ustazah Aisyah dekat-dekat
sinilah.”
“ mana thoriq tahu?”
“kawan thoriq yang bagitau. Dia kata
setiap malam dia dengan anak-anak jiran rumah ustazah aisyah pergi mengaji
al-quran”
“Oo…tak adalah jauh sangat dari
rumah kita kan?”
“yup..eh! itu macam ustazah Aisyah”
Figura seorang perempuan berjubah di perhentian bas dan teksi jelas di mata
akmal apabila melihat arah yang thoriq tunjuk.
Kereta di perlahankan, signal ke kiri di berikan lalu kereta Almera
Hitam berhenti betul-betul di hadapan perhentian itu.
“ Ustazah!” panggil thoriq. Pemilik nama itu berpaling lalu senyum
“mari ustazah naik kereta pakcik
saya” pelawa thoriq
“eh, tak apalah. Ustazah boleh
tunggu teksi” Aisyah menolak dengan baik
“ tunggu teksi lambat ustazah.
Marilah naik kereta. Cepat sikit sampai” thoriq beria-ria mengajak. Beg di
tangan ustazah Aisyah sudah di ambil.
“er..tak apalah. Menyusahkan saja”
dia serba salah. Menumpang kereta keluarga murid buat hatinya sedikit risau, berdebar pun ada.
“tak menyusahkan pun ustazah, saya
pun nak hantar thoriq ke sekolah” terang akmal. Dia juga berdebar sebenarnya.
Dapat berjumpa secara berdepan begini selepas 2 hari dia menunggu bayangan.
Melihat beg barang sekolah sudah
berada di bahagian penumpang belakang, ustazah aisyah lalu menghadiahkan
senyuman.
“terima kasih, menyusahkan saja”
“sama-sama” thoriq dan akmal
menjawab serentak. Tercetus ketawa kecil dari mereka. Perjalanan ke sekolah
begitu riang untuk akmal. Hatinya berbunga-bunga. Namun dia masih menjaga mata
dari memandang penumpang belakang.
“kereta ustazah masih rosak ya?”
soal thoriq
“ya. Kereta ustazah masih rosak.
Mekanik kata paling cepat petang ni” terang ustazah aisyah.
“bahagian mana yang rosak?” Tanya
akmal
“air-con, mekanik kata kat bengkel
banyak sangat kereta. Jadi dia baiki mengikut turn. Itu manusia, Kalau Allah
tak ada Turn untuk melihat dan menyedarkan HambaNya”
“ betul tu, ustazah.”
“ Kita sebagai manusia lah yang
perlu sentiasa sedar dan ingat Allah setiap masa. Sebab Allah tak pernah lupa
hambaNYA, contohnya berdoa. Kalau kita minta dengan majikan untuk naik gaji,
belum tentu esok gaji kita naik.tapi bila minta dengan Allah tepat pada
masanya, nekad dalam hati dan tawakal berserah pada Allah..insyaallah doa tu
Allah makbul bila tiba masanya.”
“kalau doa kita Allah tak makbulkan,
itu tanda Allah tak ingat kita ke ustazah?” Tanya thoriq
“bukan, itu tandanya masa untuk
makbul doa kita belum sesuai.dan Allah simpan doa tu untuk kita di akhirat
nanti.bukan sebab allah tak ingat atau sayang kita. Contohnya macam kita nak
gula-gula dan mama thoriq tak bagi makan. Itu bukan sebab mama tak sayang
thoriq tapi sebab sayang thoriq takut gigi rosak”
“Oo..baru faham”
‘agaknya Allah makbulkan doa aku
sebab sekarang masa sesuai aku jumpa ustazah ni’ bisik hati akmal. Senyuman
terukir lama di wajahnya.
“maaflah encik..”
“akmal harith.panggil je akmal
ustazah”
“er.maaf lah, saya ni memang macam
ni.suka bercakap kalau dalam kereta.”
“tak apa..tapi mesti murid-murid
ustazah suka dengar ustazah bercerita kan?”
“err..tak adalah encik akmal..”
“betul acik, kat kelas ramai
kawan-kawan thoriq suka dengar ustazah bercerita.hehe”
“mengarut jelah thoriq ni” muka
aisyah sudah merah. ‘aduh budak ni,bukak hikayat pulak. Kereta ni bila nak
sampai sekolah ya’
Kereta akhirnya berhenti di hadapan
sekolah. Mereka semua turun dan menutupi pintu kereta dengan cermat.
“terima kasih encik akmal sebab bagi
tumpang”
“kasih di terima” spontan, perkataan itu yang terkeluar dari
mulut akmal
“cakap apa tadi?” langkah Aisyah
terhenti
“sama-sama ustazah aisyah”
‘masyaallah..hantu apa yang masuk ni
sampai aku jadi buaya ’ bisik akmal. Dia akui, silap dia tak mampu kawal
tingkahlaku bila berhadapan dengan ustazah aisyah tadi.
Langkah ustazah aisyah dan thoriq
hilang ke dalam kawasan sekolah. Akmal menarik nafas panjang.
‘perbuatan ni mesti di hentikan’
nekad hatinya.
0 comments:
Post a Comment