Pages

Powered by Blogger.

Sunday, June 9, 2013

..:: Hijab D'Nur Ilahi Collection:::...

Alhamdulillah...
Perniagaan online https://www.facebook.com/nur.ilahi.7 dah nak masuk tahun ke-3

kalau ingatkan kembali, ia bermula selepas kak aisyah (cik nurse) minta jahitkan sehelai tudung labuh warna putih dan purdah putih. dan selepas tamat praktikal @tamat pengajian.

dengan berbaki beberapa ratus ringgit duit Dari PTPTN (selepas duit rm1000 di curi oleh kawan dari akaun) saya dan angah (mahasiswi USIM) mula kumpul baki duit PTPTN kami untuk modal kain tanpa minta dengan abah atau mama. 

 maklumlah ketika itu tak mengajar di MRSM lagi . maka sepenuh masa adalah menjahit tudung. pelanggan pertama kami pulak pengurus rumah anak yatim dan Mualaf di p.pinang. yang jual tudung-tudung kami untuk dana rumah tersebut. Alhamdulillah, hasil amat memuaskan, rezeki kami semakin melimpah selepas menolong rumah anak yatim dan Mualaf itu. dan seterusnya sahabat-sahabat facebook kerana kami membuat pemasaran melalui facebook dan seterusnya page.akan datang dalam blog yang sedang di bina.

barang pertama yang jadi pilihan 
kami ialah tudung labuh Koshibo. kami hanya menjual barangan yang menjadi kegunaan kami kerana itu lebih memuaskan apabila pelanggan bertanya. tak pakai tapi jual, pelikkan? maka hanya yang kami pakai sahaja kami jual.

 (pilihan warna tudung koshibo)

 (1 A)





setengah tahun kami meningkatkan pengeluaran dengan mengambil tempahan tudung sulam untuk majlis pernikahan



pelanggan pertama adalah ustaz dari sek tahfiz di selangor.
sehelai purdah sulam tebal untuk tunangnya yang baru masuk islam.
(Dah rasa orang bagi hadiah Purdah ^_^)



 setahun kemudian kami menemui kain baru. 
Alhamdulillah..untuk edisi kedua (selepas beberapa bulan terputus bekalan) rm1600 modal di keluarkan untuk membeli kain ini. kering jugalah akaun ^_^



 (jenis potongan tudung)





(produk terbaru kami. tudung satin dan jubah Umbrella NUR)
( purdah sulam )



nak bagi rezeki murah senang sahaja
amalkan sedekah setiap wang yang kita ada. 

sedekah sedikit Allah bagi ganjaran sedikit
sedekah banyak , Allah bagi pahala Banyak.

jangan kedekut juga nak tolong orang ^_^

0 comments:

Post a Comment