Salam syaaban, bulan Pintu Ramadhan yang mulia.
Cinta…tafsirannya kesukaan, minat, sayang dan sebagainya.
Dalam hidup kita seharian, tentu kita ada rasa cinta itu kan?
Cinta pada sesuatu perkara, contohnya membaca, berjalan-jalan dan sebagainya.
Tafsiran rasa cinta bukan sahaja pada manusia tetapi pada suatu perkara yang
baik.
Saya mahu mengajak sahabat-sahabat dan adik-adik, mencintai satu
perkara. Seperti yang saya katakan, bulan syaaban adalah bulan pintu Ramadhan.
Rasulullah s.a.w sendiri bersabda “ 3 bulan yang barakah iaitu rejab, syaaban
dan ramadhan”
Kita telah meninggalkan 1 bulan barakah yang Rasulullah s.a.w
Wartakan iaitu rejab dan sekarang kita berada di pertengahan syaaban manakala
Ramadhan bakal menyusul.
Tidak rasa 1 kerugiankah apabila tidak banyak mengumpul bonus/
kupon ke syurga?
Saya sendiri rasa terkilan. Belajar agama sekian lama namun
masih lagi tidak istiqomah dengan 3 bulan barakah ini.
1 amalan yang senang kita kerjakan, saya ingin perkenalkan cara
mudah untuk kita laksanakan/ kaedah mengumpul bonus. Iaitu membaca al-quran.
Baca al-quran tidak membuatkan kita rugi apa-apa. Wang ringgit hatta sebutir
beras pun tidak di keluarkan. Hanya menggunakan anggota badan dan sedikit
tenaga untuk membaca kalam Allah.
Ingat, setiap rumah yang sering di alunkan kalam Allah, rumah
itu akan bercahaya dan para malaikat dapat melihat rumah bercahaya dari langit
ke7. Tidak inginkah kita? Susah mahu
baca al-quran? Masa tidak cukup? Mari kita fikir kaedahnya ^_^
Pertama, tidak pandai membaca? Masih tergagap-gagap?
Sahabat-sahabat…. Di Negara kita sudah banyak kemudahan yang ada. Mencari guru
untuk membaca al-quran juga sudah tidak seperti dahulu. Rata-rata setiap daerah
ada madrasah qiraati. Atau boleh mencari guru di masjid atau dengan
teman-teman. Kenapa perlu malu? Sepatutnya kita perlu malu dengan Allah. Malu
sebab tak pandai nak baca Kalam allah sekian lama Allah bagi anggota badan free
dan kita tak cuba buat apa yang Allah suka/ mahu dari kita.
Kedua…tidak punya masa?
Sahabat-sahabat…saya fikir kita di zaman yang canggih. Punya
alat-alat canggih. Kalau al-quran susah untuk di bawa, apa kata download
al-quran di HP canggih anda. Lagi bagus kalau ada pelbagai jenis bacaan QARI.
Senang kan? Boleh bawa dan baca di
mana2. Apa salahnya kita isi masa dengan baca al-quran saat tunggu bas atau
komuter, bukan zikir mesej sehingga bengkak tangan. JOM tukar…RASA
CINTa….sehingga BIAR kita RASA…CINTA ITU BERMAKNA untuk ALLAH.
0 comments:
Post a Comment