Pages

Powered by Blogger.

Monday, April 1, 2013

..:: Cerita Di Sebalik KeM IbaDat NiQab Girls Zon TiMur::...



 (sebahagian peserta kem Niqab Girls Zon Timur siri pertama, jumlah asalnya 40 orang )


Bismillahirahmanirrahim….
Salam kasih sayang sahabat-sahabat, adik2 yang tak jemu menjenguk teratak buruk ni ^___^

Alhamdulillah…selesai sudah Kem Ibadat Niqab Girls untuk siri yang pertama.
Pelbagai rasa yang timbul dalam diri. Dengan jumlah peserta yang tak tau berapa yang berminat menyertai kami, kekurangan tenaga penggerak dan kekurangan Dana..bercampur-campur di dalam fikiran.
Namun..sehingga Jam 11 Malam..masih ada peserta yang dihantar oleh ibu bapa untuk menyertai kem dan jumlah keseluruhan peserta 40 orang.

Alhamdulillah...pelbagai pihak banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan. Baki dana masih lagi saya simpan untuk program siri k-2.

yang paling berkesan di hati ialah, ada seorang adik berusia 14 tahun di hantar oleh ayah dan di paksa datang walaupun dia sedang menjaga ibu yang sedang strok. anak tunggal perempuan dalam keluarga, semangat dia menjaga ibu yang sakit membuatkan saya kagum dengan semangatnya. kata2 " terima kasih kak, sebab anjurkan program ni..saya rasa bersemangat nak jaga mak saya" 

(adik2..sayang)
peringkat umur peserta pula pelbagai. agak terkejut bila tengok borang pendaftaran...dari umur 14 tahun hingga 25 tahun (saya dan rakan-rakan lah tu).
ada sahabat yang kehilangan bapa, apabila menyertai khidmat masyarakat..terubat rindu pada "abah" katanya..

1-kisah di rumah kebajikan
ketika taklimat ringkas bersama pihak pengurusan pula, kami semua di gelar beriget Al-Qassam.Allahuakbar...jika allah takdirkan kami menjadi mujahidah.

ada juga nenek2 yang menangis...merintih meminta kami jangan pulang *___*
rasa nak tidur disana.sepanjan perjalanan pulang..saya terbayang wajah2 senja mereka. terkurung disana. terpenjara dari dunia luar menanti detik menemui allah

2-kisah di penempatan

tak sangka jumpa orang sekampung. detik taaruf baru tahu...sempitnya dunia ^___^
"Farah Umaimah"  nanti kita jumpa ya..boleh picnik.
 
banyak pihak yang meringankan beban kewangan kami. Dari pihak sewa Van dan sehinggalah bab makanan. terima kasih semua.

mohon maaf jika terdapat kekurangan bagi program pertama di Zon Timur
  
saya tak mengharapkan pujian,
tapi saya mengharapkan adik-adik dan sahabat-sahabat yang menyertai mengambil yg positif dari program Kem NG.  

Insyaallah...Perangkaan Kem NG siri ke2 telah dilakukan. Ramai pihak yang mula bertanya pada akhir program padahal program belum berakhir. bersemangat betul mereka.

semoga ketemu lagi...

sayang kalian kerana allah.

*sape2 yang nak menawarkan diri menjadi sebahagian organisasi Niqab Girls Zon timur...boleh lah PM ya...


 

2 comments:

  1. Salam.. alhamdulillah.. seronok tengok ade xtvt utk niqabis macam ni.. semoga dipermudahkan program akan dtg insyaAllah.. :)

    :. http://ironwomanwife.blogspot.com/:.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...Alhamdulillah zon timur lambat sikit program bergerak. kalau zon selatan contohnya dah buat banyak siri ^_^

      Delete