Pages

Powered by Blogger.

Thursday, June 7, 2012

..:::MaRi kITa JaDi OrAnG YanG BanYaK BerBaKtI::...









Bismillahirahmanirrahim….

Jumaat yang barakah. Bertemu kembali kita di alam bisu ini. Berukhuwah dengan saling pesan memesan, ingat mengingati itu akan mendekatkan kita semua dengan maha pencipta.

Pagi tadi,Bila selongkar2 inbox FB jumpa balik mesej2 dari adik2 seperti ain Nazihah Faisol, siti hajarliza Ibrahim, Azura klem,Nini dan ramai lagi. Alhamdulillah dengan ilmu yang seciput ada ini, ana cuba menjawap dan memenuhi segala pertanyaan adik-adik dan sahabat-sahabat yang rajin menghantar soalan. Kadang-kadang menangis sendirian membaca segala luahan mereka. Sedarkah kita, hidup ini ada pelbagai2 warna. Hitam , biru, merah, kuning dan lain-lain. Jalan terbaik untuk bersyukur ialah dengan belajar sifat reda dan sabar.

Sebahagian sahabat-sahabat ana mengatakan “ awak sangat bertuah, memilik apa sahaja yang awak doa dengan allah”  “ nasib awak memang baik. Semua awak nak awak akan dapat”

Segala puji bagi allah…yang memberi.

Jawapan ana ialah:

1-  Jika kita tolong jaga agama allah maka allah akn jaga kita
2-  Jika kita tolong orang maka allah akan tolong kita berganda2.

Pernahkah kalian dengar pepatah yang mengatakan “ kita minta pelangi tapi allah memberi hujan”
Begitulah keadaan yang ana alami.  Segala yang ana doa Alhamdulillah allah makbulkan, minta lulus ujian Alhamdulillah sekarang dan memilik ijazah sarjana muda bahasa arab,minta lulus temuduga Alhamdulillah semua yang ana hadiri allah luluskan, minta permudahkan kerja Alhamdulillah setakat ini belum lagi rasa teruk dengan kerja. Cuma ada 1 sahaja yang belum dan tidak aka ana miliki .  kesihatan yang baik allah gantikan dengan makbulkan  doa yang lain. Orang yang pandang Cuma Nampak luaran sahaja sehingga ada sahabat yang kata “ saya tengok awak sihat je hari2” ya kerana sakit dalaman ^_^.
Prinsip ana senang sahaja..

1-  Setiap hari ana akan cari orang untuk di tumpangkan kereta. Biasanya pagi-pagi ana akan ambil anak-anak jiran hantar ke sekolah atau pelajar2 sekolah unuk ke sekolah yang ada di jalan sehala ke tempat mengajar ana.
2-  Setiap hari, ana akan cari topic terkini untuk di bahas dengan ahli rumah. Biasanya tentang isu semasa. Kerana bukan semua sama fikrah or sama tahap pengetahuan. Jika kita bincang  isu agama sikit2 boleh tambah ilmu sebelum mata terlelap.
3-  Mewajibkan diri untuk habiskan 1 juzuk al-quran setiap hari.

Apa yang ana ceritakan bukan untuk banggakan diri tapi untuk kongsi jawapan dengan pembaca-pembaca yang lain. Kita tak sama tapi serupa pada taraf sebagai hamba allah.

nasihat untuk adik-adik dan sahabat-sahabat, jangan kedekut untuk bagi pertolongan, jangan kedekut nak bagi sedekah. cuba cari orang untuk kita nk buat amalan insyaallah allah akan tolong kita. cuba buat. kebanyakkan bila ana nak allah makbulkan doa ana...ana akan cari orang setiap hari untuk tolong. tolong hantar ke mana2 or tolong ringankan beban. cubalah buat...

selamat mencuba ..tak rugi kita tolong orang ringankan apa-apa yang membebankan.

love u allah and love u all friend

2 comments:

  1. sayang myanyangi hanya kerana ALLAH...betoi x kak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul Syurgacinta. bila kita syg org kerana allah..kasih sayang,keimanan dan ketakwaan kepada allah kita akn rasa lebih bermakna.

      Delete