MURABBI, MUALLIMAH, LAUSHER, CIKGU, apa-apa sahaja gelaran untuk seorang guru
SELAMAT HARI GURU
sepanjang jalan menuju ke sekolah, ada terpampang ucapan SELAMAT HARI GURU,CIKGU.
rasa terharu bercampur sedih.
kenapa?
sebab masyarakat menaruh harapan yang amat besar di bahu seorang guru. bukan sekadar memberi ilmu tapi.tapi juga sebagai pendidik akhlak dan keperibadian seorang murid.
laluan masa hadapan murid di tangan seorang guru selepas allah,
tidak percaya?
ibarat kita mencipta sebuah alat beli. jika tidak memberi tunjuk ajar cara menggunakanya dan nasihat-nasihat sebagai pembuat alatan,kemungkinan besar alatan besi yang kita cipta itu akan digunakan secara salah dan negatif oleh pengguna. seperti digunakan untuk memukul orang, membunuh orang dan sebagainya.
begitu juga kita, apabila seorang pelajar di amanah kan kepada kita, acuan keperibadian itu 90% di tangan seorang guru. nak asuh sebagai anak soleh/ solehah atau sebagai samseng (nauzubillah) atau seorang pemaksiat atau seorang insan yang biasa2 sahaja.
ilmu yang dicurahkan juga perlu ikhlas.supaya pelajar yang menerima boleh menghadapm ia dalam kehidupan. contohnya apabila kita melihat seorang belajar tentang akhlak.perhatikan....adakah ia menjadi seorang yang berakhlak selepas belajar? jika ya..alhamdulillah..gurunya seorang yang ikhlas mencurahkan ilmu. jika tidak...masyaallah...begitulah hakikat. pelajar akhlak hanya tinggal nama.
"pelajar perempuan sekolah tie, perangainya kalah orang cukup umur" luahan seorang ahli bait ana
"kenapa"
"tengoklah tu...orang lelaki duk main bola, dia tak ada segan-silu pergi mengintai orang lelaki main.tayang muka lagi" pandangan kami tertumpu pada sekumpulan kanak-kanak perempuan yg kemungkinan besar adalah pelajar kak tie,ahli bait ana.
"budak-budak sekarang terlebih hilang MALU" hanya itu yg mampu ana cakapkan
suasana ini menimbulkan rasa bimbang dalam diri. anak muridku...pelajarku..anak didikanku ini..bagaimanakah corak masa depanmu.melihat segala kelakuan remaja sekarang..ana menjadi risau. adakah ilmu yang ana curah..akan kekal dalam diri mereka? semoga allah tidak menghilangkan segala yang ana ajar pada mereka.
(sebahagian hadiah yg dapat)
pada hari guru...bukan hadiah yang ana inginkan
cukuplah doa dari mereka,supaya ana sentiasa sihat untuk mencurahkan ilmu pada yg memerlukan.
semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah buat ibu ayah.
0 comments:
Post a Comment