Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, February 29, 2012

..:: GuRu TuA Di KaKi BuKiT::...




guru tua di kaki bukit
satu daerah yang agak pedalaman.

minggu lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari daerah tempat mengajar(bandar kuala krai). oleh kerana dari sek terus balik ke kg...maka solat perlu di lakukan di masjid tepi-tepi jalan.


perhentian ana adalah di satu kampung di kaki bukit. terdapat sebuah masjid warna kuning cair. amat damai..walaupun hari sudah berganjak ke waktu petang, suasana masih lagi dalam keadaan berkabus. ^_^ suka sangat kalau dapat buat rumah kat kaki bukit ni. pokok2 hijau...sungai yang bersih airnya.


usai solat zohor..kedengaran alunan ayat-ayat suci dengan suara yang agak ramai di serambi masjid. tertarik untuk mengetahui..ana pergi menjengah serambi masjid. terdapat sekumpulan anak-anak kecik seusia 6 hingga 15 tahun sedang memperdengarkan bacaan.kalau di daerah ilmu ana...pelajar2 kebanyakan di hantar mengaji di sek swasta.namun di sini mereka masih lagi menuntut ilmu di rumah allah tanpa bayaran. allahu akbar...betapa besarnya pahala guru tua itu. betapa mulianya dia kerana sanggup mencurah ilmu tanpa sedikit bayaran.kerana rata-rata di sini anak-anak kecil ini berasal dari keluarga penoreh. jika ada bayaran maka itu 1 bebanan untuk keluarga. guru tua itu terus saja mendengar bacaan.


timbul niat untuk mengajar anak-anak di sini sedikit ilmu. insyaallah..kita akan jumpa di perjalanan pulang ana nanti di minggu hadapan. mungkin sedikit perkongsian ilmu itu bisa menjadikan mereka seorang anak yang baik kepada ibu bapa.

ana tinggalkan guru tua itu dengan pesanan "allah sedang memerhatikan ustaz dengan senyuman kerana mengajar kalam allah"

0 comments:

Post a Comment