Bismillahi rahmaani rrahim…
Bicara hati kali ini hanya sekadar perkongsi bersama-sama golongan professional dan golongan yang bekerja. Apa yang berlaku hari sabtu yang lepas memberi penekanan kepada hati ana supaya AMANAH dalam apa jua kerjaan yang di lakukan.
Maha suci bagi allah.. semoga allah memberi petunjuk kepada mereka-mereka yang berkenaan.
Sabtu yang lalu..bersama-sama sahabat ana Nik yusilham, alyani dan rosmaria , rehlah kami ke Pondok pasir tumbuh. Sebuah institusi pengajian pendok di Kelantan. Perjalanan agak jauh dari rumah ana.dan perlu menempuh jalan raya yang agak berlopak, berlubang dan macam-macam lagi.
Jalan yang agak teruk ialah, dari pusat Bandar kota bharu menghala ke yayasan islam Kelantan dan ke pasir tumbuh. Masyaallah…kesian si Kancil, kadang2 masuk lubang kecil dan kadang-kadang masuk lubang besar. Ana sendiri tak berani nak bawa kereta melebihi kelajuan 60.
Puncanya jalan berlubang??
Semestinya DARI sikap TIDAK AMANAH kontraktor dan pekerja-pekerja jalan raya.sahabat setuju dengan ana??
Mungkin peruntukan dari pemberi kontrak sebanyak RM50 ribu, tapi syarikat pembinaan hanya menggunakan Rm 40 ribu. Dan kontraktor guna untuk membeli bahan-bahan dengan peruntukan RM 30 ribu sahaja. Baget sikit maka bahan tentulah perlu di jimat. Mungkin banyak pasir dari batu. BOLEH JADI…yang jadi mangsa ialah KITA. Pemandu-pemandu kereta,motosikal dan sebagainya. Jalan raya cepat berlubang, boleh membahayakan nyawa orang lain. Serius! Itu berpunca dari sikap tidak amanah kontraktor.
Sebagai pekerja seharusnya kita amanah dengan barang-barang di tempat kerja,harta benda. Contoh di tempat kerja ana, ramai ana tengok cikgu-cikgu menggunakan kertas A4 untuk kegunaan yang tidak berfaedah.sehingga memaksa pengetua menyebut didalam mesyuarat. Amanah..kita perlu semat dalam diri kita. Walaupun orang lain tak Nampak setiap kelakuan kita tapi allah s.w.t tetap melihat kita setiap detik dan setiap saat. Hm..agaknya kita akan takut bila melihat malaikat dengan muka serius sedang menunggu untuk mencatat amalan kita kot. Seperti takut CCTV di pasar raya.
Berubahlah..
Bukan untuk orang lain
Tapi untuk diri kita sendiri.
0 comments:
Post a Comment