Bismillah hirrahma nirrahim….betapa agungnya allah..dan barang siapa yang tidak tersentuh hatinya jika menyebut nama allah..maka check up lah hati, carilah ubat bagi hati anda- nasihat ikhlas dari ana utk sahabat-sahabat ana amat sayangi.
Minggu ini..ana kurang sihat sikit, lebih kurang 2 minggu macam ni ( batuk dan pening) tapi ana bukan nak cerita tentang sakit. Apa yang ana nak cerita adalah tentang keikhlasan apabila kita bekerja dan melakukan sesuatu. Supaya berkat dan sempurna.
Dalam keadaan kurang sihat, ana masih lagi menggantikan kelas guru lain yang tak datang. Alasanya.. ada temujanji dengan doctor. Sedangkan temujanji jam 8 dan masa untuk rawatan tidaklah terlalu lama untuk kembali ke maktab dan masuk kerja. Ana terfikir sendirian. Begitu mudah “mereka” ponteng kerja dengan menggunakan alasan yang kurang kontkrik. Kalau di ikutkan..ana lagi layak untuk ambil MC. Tapi kenapa ana tak ambil? Kerana ana kesiankan orang yang kena ganti kelas ana. Kerana ana faham..semua guru sibuk di penghujung tahun ini. Dan jalan penyelesaianya.. pelajar-pelajar ana suruh buat pembentangan. Sementelah big bos tak ada pergi haji, maka tugas ketua unit agama beralih di bahu ana. Setiap kali tak ada kelas..maka itu adalah ruang untuk ana siapkan surat rasmi gaji kelas quran, siapkan surat rasmi penyeliaan program, kena siapkan soalan2. Hurm..penat tidak terkata. Dan jika sahabat2 tengok ana online sepanjang masa..itu lah tandanya..urusan rasmi sedang di buat.
Ada juga yang sentiasa menyerahkan tugas sendiri kepada orang lain tanpa fikir kerja orang itu. Setakat meninggalkan nota pesanan beserta kerja dan tanpa penjelasan. Bukan nak ungkit tapi cubalah tengok jadual tugasan rasmi ana yang “amat cantik” ana rangka kan untuk 2 minggu ini. Dan ana tak ada pilihan untuk tolak sehingga mengejar masa tanpa mengisi perut pada waktu rehat. Kerja dari hari ahad sehingga sabtu memang tak ada rehat. Dan sesiapa yang call di waktu ..memang nasib kurang baik untuk bercakap dengan “cik celcom”.. marahlah..ana tak kisah. Lumrahnya macam ni.
Ikhlaskanlah hati kita setiap kali melakukan kerja.
Insyaallah..allah akan bayar setiap kali kita ikhlas melakukanya.
Mengajar juga perlu ikhlas. Supaya ilmu yang pelajar dapat akan berkat dan dapat menjadi cahaya hidup mereka. Ada yang keluar awal dari waktu kerja dan ada yang masuk lewat mengajar supaya masa cepat habis sehingga mengambil masa mengajar ana. Rasanya perlu bangkit soal ini pada mesyuarat unit hari selasa ni.
Mengajar juga jangan pilih kasih. Hari ni bawa pelajar perempuan outing ke pantai. Maka sesi luahan akan berlaku. Ana tidak berpihak pada mana-mana, Cuma agak kesal ana di beritahu, ada guru yang pilih kasih dengan tidak ambil tindakan kepada pelajar cantik yang tak hantar nota. Ada ke patut macam tu?? Wah..ini dah lebih. Muka pulak jadi ukuran.. teringat zaman sekolah dulu. Ana fobia nak main bola jaring sekarang pun sebab cikgu ana dulu pilih pelajar cantik sertai pertandingan dan ana Cuma jadi pemainan simpanan. Sedangkan ketika pertandingan sekolah dulu ana pemain utama. Tak apalah kisah lama. Tapi insyaallah..ana doa dan harap sangat, allah tak jadikan ana seorang guru yang pilih kasih. Supaya semua orang dapat manfaatnya.
Dan yang balik penting, guru juga perlu amanah pada diri sendiri walaupun tak ada orang yang pandang apa yang kita buat. Ini bukan omongan kosong tapi realiti. Fikir-fikirkan….
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment