Pages

Powered by Blogger.

Monday, October 31, 2011

..:: Di SiNi BeRmuLaNYa CeRiTa::...



Alhamdullah…bersyukur sangat kepada allah, memberi kesihatan yang sempurna walaupun kadang-kadang demam, memanjangkan lagi umur untuk terus menikmati kehidupan serta berbakti di bumi MRSM tumpat dan tidak jemu-jemu mendengar tiap rintihanku.

Di sininya bermula..
Pelbagai-bagai kisah bermula 25 mei 2008 sehingga 1 julai 2011. Allah maha melihat segala yang berlaku dan allah maha mendengar tiap yang di adu.

Allahu akbar..tak terkata rasanya..menghitung segala kisah cerita disini.

Bermula tahun pertama dengan kehilangan seorang teman,
terkapai sendirian tanpa pesan.
Nasib diri bertemu dengan seorang insan,
Yang baik menggelar diri sebagai kak ain.


Pengajian di teruskan dengan penuh ketabahan. Dari pasif cuba membiasakan diri. Yang lemah cuba baiki. Akhirnya begini hadiah kegigihan. Alhamdllah..

Tahun kedua menampakkan diri.
Melibatkan diri dalam organisasi,
Sebagai cabaran buat hamba ini,
Semoga masa boleh bermanfaat dan terisi.


Di marah, di tegur, di bentuk dan akhirnya..ana menjadi insan yang tak mudah mengaku kalah, berani menegakkan kebenaran dan berani bersuara. Syukran buat sahabat2 biro pembangunan insan, tanpa kalian, ana mungkin rebah pada awal pergerakan. Mungkin patah saat ribut menggila.

Yang paling2 di ingati..saat2 kena maki dengan family junior. Abang tu kalau ana jumpa lagi memang kena karate dah ( ada berani ker?) ada ke patut kata ana bodoh dan kurang ajar gara-gara tak tolong adik dia kemas bilik. Bilik adik hang, sendiri mau ingatlah. Hostel bukan macam kat rumah. Hostel juga bukan hotel nak kena follow setiap masa. Saya dah tolong tunjuk bilik pun dah kira bersyukur tau. Dah lah pagi tu makan tak kenyang. Akhirnya kenyang dengan maki hamun mamat yang terlebih ajar tu. Sampai satu hari tak boleh buat kerja. Jadi fobia dengan makhluk bernama “lelaki”… rasanya kalau jumpa sekarang memang dah kena mamat tu.

Tahun ketiga saksi pelbagai kisah,
Hilang seribu dari akaun,
Hati rawan tanpa dia berasa bersalah,
Bak kata orang kawan makan kawan.


Penghujung waktu penghantaran laporan praktikal, mendedahkan semua yang tersingkap. ‘saya betul-betul tak sangka awak sanggup curi duit simpanan dalam akaun saya demi kemewahan awak !’ tanpa ucapan “ saya minta maaf” cacian yang saya dapat. Sedangkan saya mangsa bukan pemangsa. Dan kini laporan polis hanya menjadi hiasan dalam fail peribadi saya. Mungkin ini kisah-kisah yang mewarnai zaman belajar saya.( agak2 kalau saya bkk kes ni balik, nak tak awak tinggal kat penjara?, supaya awak rasa macam mana sengsaranya saya)

Kata kunci “ saya tak akan buat orang kalau orang tak usik saya dahulu !”
Selamat tinggal kolej universiti islam antarabangsa Selangor… bumimu..menjadi saksi banyak kisah suka dan duka ku. Semoga bumi bangi sentiasa tidak jemu mencorak sahsiah muslim yang dahagakn ilmu agama dan duniawi.

2 comments:

  1. moga tabah dgn apa yg berlaku..
    past is past..if it c0mes,let it be in y0ur mind..uhibbuki fillah..:)
    salam ukhuwwah,allah ma'aki..

    ReplyDelete
  2. alhamdullah..allah byk memberi ana ketabahan sepanjang hidup ni

    salam ukhuwah fillah

    ReplyDelete