Pages

Powered by Blogger.

Wednesday, July 20, 2011

kisah ibu dan 8 orang anak

Ibu…
Bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu

Kudusnya kasih yg kau hamparkan
Bagaikan… laut yg tak bertepian

Biarpun… kepahitan yg telah engkau rasakan
Tidak pun kau rasa jemu

Mengasuh dan Mendidik kami semua anakmu…
Dari kecil hingga dewasa..

Hidupmu kau korbankan…
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat kubalasi
Akan semua ini…
Semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu….


Kisah yang berlaku dalam keluarga ana memberi pengajaran seumur hidup..allahuakbar..menceritakan kisah disini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi ana Cuma menyebarkan pengajaran. Supaya kita yang bergelar seorang anak tidak membuang “ratu hati” kita apabila mereka tua dan kita memiliki kehidupan sempurna yang belum menjanjikan berkekalan.

Kisah ini..milik nenek sebelah mama ana. Memiliki 8 orang anak, 6 perempuan dan 2 lelaki. Atuk telah meninggal dunia 2 tahun lalu meninggalkan nenek hidup kesepian seorang diri di “istana kayu”. Ana tak tau berapa kali dia demam dan sakit sepanjang atuk meninggal dunia. Tetapi kisah nenek demam yang baru terjadi amat memberi kesan dalam hati ana sendiri . 2 hari demam menanggung seorang diri..tergerak hati mama menelefon nenek di kampung . dengar sahaja nenek demam, mama dan 3 orang lagi makcik pulang petang jumaat itu juga.

Dengan keadaan nenek yang demam teruk..masing-masing men’zip’ mulut mempelawa nenek kerumah mereka. Tapi mama yang baik hati…membawa nenek balik kerumah kami. Walapun mama kerja dari pagi hingga petang..tapi keutamaan kepada seorang ibu tetap mama tak lupa. Tiap kali waktu makan ubat, mama akan sediakan ubat. Menunggu nenek hingga habis makan dan menunggu sampai nenek tidur. Alhamdulillah..mama mempunyai seorang suami (abah) yang boleh menerima kedatangan mentua.
Ana juga mempunyai pakcik yang baik hati. Yang Sentiasa mengambil berat hal nenek. Menelefon setiap hari (sempatlah ana kira 4 kali setiap hari) dengan ber 3G. hilang sikit rasa sedih nenek. Walapun pakcik ana berada di Pahang , ana merasakan seolah-olah dia berada dirumah kami. Jika nenek tidur..ana lah repoter dia yang tidak bergaji. Soalan yang glamor ialah,
1)nenek tidur ke?
2)tadi nenek makan nasi habis tak?
3)tolong tengokkan nenek-pesanan beratus kali.

Bagaimana yang 6 orang lagi anak nenek ana? Minggu pertama nenek demam…ada sorang makcik je menelefon mama, Tanya keadaan nenek(Tanya je) . masing-masing memikirkan keuntungan harian yang akan dapat. Bukan memikirkan keadaan nenek yang sakit ( ana kira nenek rindu anak-anak dia). Mama pun kerja juga.malah lagi sibuk dari makcik dan pakcik ana yang lain..tapi mama tak sampai hati nak abaikan nenek. Mama kata, nenek je ibu yang dia ada. Mama tak ada ibu yang lain. Mama pun taknak kami adik-beradik buat mama macam makcik-makcik buat nenek. Nauzubillah..

Minggu kedua nenek sakit..mama nak hantar pergi hospital. Belum sampai hospital masing-masing(datang selepas mama inform) memberi alasan tidak dapat menjaga nenek dihosptal. Kesian nenek (T_T) makan hati dengan anak-anak. Nasib baik nenek tak kena tahan dalam wad. Doctor cuba suruh nenek habiskan air garam je. Mama dengan rela hati sebenarnya nak cuti kerja untuk jaga nenek kat hospital. Yang lain? Cuma membisu..dan terus membisu..

Nenek itu milik semua(8 orang anak) bukan milik mama ana sorang. Tapi kenapa buat nenek macam tak ada anak lain? Mana kasih anak pada ibu?..nenek bukan sakit tak dapat bangun..makan bersuap atau berak merata tempat. Nenek Cuma demam je.tapi kenapa semua lepas tangan, Tak nak jaga nenek. Ana lagi suka kalau nenek duduk di rumah kami selama-lamanya. Tapi nenek kata dia boring (yelah semua duduk kat asrama)..agaknya kalau nenek tak ada baru nak allah pusing masa.

Hargailah ibu..ana sayu tengok wajah tua nenek. Saban waktu menunggu kedatangan anak-anak yang ramai menjenguk. Masing-masing bukan tinggal luar dari Kelantan. Tapi alasan tebal yang dicipta, seolah-olah mereka berada diluar Negara. Pakcik selalu pesan..”hargai mereka saat mereka ada”..nanti kalau salah seorang dari mama dan abah sakit..ana sendiri nak jaga mereka. Ana sendiri nak berkhidmat untuk mereka..kerana merekalah harta yang amat bernilai dalam hidup ana.

0 comments:

Post a Comment