Salam mahabbah fillah..salam rindu buat sahabat-sahabat pembaca. Terasa terlampau emosi bulan ini (jun) . mungkin kerana terbuka segala-galanya dalam sekelip mata tanpa ana duga.
Harga sebuah persahabatan…bagi ana ia satu harga yang amat mahal untuk kita memiliki ikatan persahatan yang sejati, yang sanggup bersusah payah bersama, yang sanggup menerima kita baik buruk dan yang sanggup memimpin tangan kita menuju reda allah yang ESA. Adakah kita dalam kelompok sahabat yang begitu? Adakah kita memiliki kelompok sahabat sebegini?
Ana tidak terlalu mengharapkan sahabat seperti saidina abu bakar yang sanggup menahan sakit tatkala digigit ular demi rasulullah s.a.w, ana juga tidak mengharapkan sahabat seperti saidina Ali yag sanggup mengorbankan nyawanya. Tetapi ana mengharapkan sahabat yang boleh menerima ana sebegini, yang mengisihi ana kerana ana adalah “salmiah” bukan kerana harta dan dunia.
Memiliki seorang sahabat yang baik tidak menjamin kita dihadapan allah . tetapi memiliki sahabat yang beriman dan pembimbing, itulah jurupandu yang terbaik buat kita di akhirat nanti.
Terasa bagaikan jiwa kaku sebentar. Tatkala mengetahui hakikat seorang sahabat yang menjalinkan persahabatan selama 3 tahun ini hanya mahu pergunakan ana sahaja. Rupanya dia hanya berpura-pura sahaja. Bertopengkan kata-kata yang baik, kata-kata yang lembut …ana dipergunakan!!, ana di perbodohkan!!...
Apa salah ana??
Apa yang dosa yang telah ana lakukan sehingga sebegini ana dilakukan??
Orang kata, sahabat bagaikan tangan kiri.
Sahabat bagaikan saudara sendiri,
Sahabat bagaikan juri,
Tapi kenapa buat ana macam ni??
Tak cukupkah apa yang ana tunjuk tanda keikhlasan selama ini?
Ana betul-betul tak sangka, sekian lama kita berkawan walaupun ana tak kisah latar belakang enti, tetapi “ini” yang enti berikan. ibarat melepaskan anjing tersepit lepas tu kita pulak kena gigit.
Walaupun enti tak mintak maaf..tapi ana maafkan. Ana maafkan..
Sebagai mewakili sahabat yang lain..TOLONG jangn lakukan perkara ni lagi kepada sahabat enti di tempat baru. Cukuplah ana merasainya.. ana tak menyesal kita jadi kawan. Tapi ana rasa kesal tidak menyedari perkara ni dari awal lagi. Cukup kesal…
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
sabar ya..insyaAllah ukhti akan ada jugak sahabat sejati..Allah kan ada^_^
ReplyDelete^__^
Delete