Allahu akbar…allah maha besar menciptakan kasih sayang dalam diri setiap makhluk ciptaanya..kasih sayang ialah satu fitrah yang allah cambahkan dalam diri setiap makhlukNYA. Ada kasih kepada allah dan rasulullah lebih dari segala-galanya, ada kasih kepada manusia lebih dari yang Hak dan ada yang tidak memiliki sifat kasih sayang sehingga wujud satu sifat membunuh..masyaallah..
Kasih seekor kucing, apa yang ingin ana ceritakan ini mengundang kesedihan dalam diri ana sendiri. Ana ada seekor kucing betina, namanya “wok”. Waktu mama bawa balik wok tengah mengandung tapi perutnya tak berapa besar lagi. Pertama kali ana tengok wok ialah tika dinihari ana sampai kerumah dari KL. Muka yang comel beserta warna coklat muda dan coklat tua pada kaki seolah-olah macam kasut. Badan wok memang besar sebab wok baka kucing parsi. Wok tak macam kucing lain. Tikus pun dia tak makan. Sebab tu ana boleh tidur dengan wok.
2bulan selepas ana menjalani praktikal, akhir bulan 4 wok beranak 4 ekor anak kucing yang comel-comel. 2ekor warna putih (uteh dan comel) ,sekor warna kelabu (abu) dan sekor warna belang-belang koko campur kelabu (didi). Semua anak wok mata warna biru (ikut mata wok). Abah letak anak wok dalam kotak besar. Nak masuk usia minggu, semua anak-anak wok dah boleh keluar kotak. Berebut-rebut makan. Sampai abah kena beli wiskes lebih untuk keluarga wok. Yang istimewa abu ada jari 6. Pie yang jumpa bila dia balik dari tahfiz. Sedangkan selama ni kami tak perasan pun (sebb pie suka bersihkan telinga kucing).
Tapi usia abu tak lama. Petang ana tengah kemas barang nak pergi asrama, dengar suara uteh nyaring sangat. Rupa-rupanya uteh keluar dari kotak dan main-main air sampai air tumpah. Ana angkat uteh masuk dalam kotak dan tengok abu tidur. Pelik! Agak pelik sebab adik2 dia yang lain semua keluar kotak. Ana angkat abu ,ana tengok abu dah terkulai. Kepala dah tak boleh angkat. Tengok sahaja tangan ana kena darah abu, ana usik2 telinga dia. Memang sah dah, abu dah nyawa-nyawa ikan. Dan akhirkan mati atas tapak tangan ana. Rasa sedih sangat sampai ana peluk abu. Ana usik2 dia supaya bangun. Tapi abu dah tak ada..kolam air mata pecah juga. Ana teresak-esak sehingga menarik perhatian wok yang sedang menyusu yang lain. Wok jilat-jilat anak dia.mungkin wok ingat abu ada lagi. Ana bawa abu dan balut dengan tuala kecil.
Walaupun abu binatang tapi dia tetap makhluk allah. Tak pernah rasa macam ni. Bile tunjuk pada abah, abah pergi check dapur, rupa-rupanya tingkap terbuka luas. Itu bermakna kucing jantah dah masuk dan gigit abu. Bila letak abu hadapan wok, dia jilat-jilat darah abu sampai kering dan bawa abu kedalam kotak. Wok tak sedar anak sulung dia dah mati. Betapa kasihnya wok pada anaknya.
Hujung minggu lalu ana tak balik. Terikat dengan komitmen kerja dan rasa sedih tak hilang lagi. Jika balik ana mesti teringatkan abu. Balik sahaja minggu ni, di muka pintu wok tengah tunggu. Nampak macam lemah je.letak sahaj beg, ana terus cari anak-anak wok kat tempat biasa. Tapi tak ada juga. Bila mama balik je ana terus Tanya. Mama ambik wok dan cakap “semua anak wok dah mati” .ya allah..kesian wok. Ana tengok mata wok berair bila duduk di atas alas tempat wok dan anak-anak bermain. Wok bangun dan pergi ke almari tempat si comel selalu masuk. Mengiau-ngiau. Cari lagi di bawah kerusi dapur tempat si putih dengan didi selalu tidur. Mungkin wok tak sedar anak-anak dia dah mati. Mama kata, sejak anak-anak dia dah mati, wok tak ada selera nak makan, tidur pun kejap je.sepanjang masa mencari anak-anak dia. Dah letih mengiau-ngiau wok minum air plak. Sambung cari lagi..begitulah keadaan wok 3 hari ana balik. Wiskes pun makan sikit je. Rasa kesian tengok wok.
Begitulah kasihnya si ibu kucing pada anak-anaknya. Jika haiwan ada kasih sayang yang begitu tinggi, kenapa manusia yang allah ciptakan akal fikiran dan boleh berfikir, sanggup membuang anak sendiri? Sanggup mendera anak-anak?tidak adakah secebis belas kasihan ?. Kisah wok dan kucing-kucing lain boleh jadi ikhtibar kepada kita. Bukan sahaja ibu kepada ana-anak, tetapi jika melihat orang yang tidak berdaya apa salahnya kita menolong meringankan bebanya, menghilangkan resahnya. Allah akan membalas kita dengan ganjaran yang begitu besar. Fikir-fikirkan wahai sahabat… Didunia inilah kita tempat kita nak kutip kupon untuk di tebus di akhirat nanti….
Dari pemilik wok…
10.00 pm 14/5/2011
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment