Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi di atas limpahan kasih sayangNYA, rahmatNYA dan keinzinanNYA maka dapatlah ana berkongsi lagi cerita-cerita yang tak seberapa ini.guru jurutera bangsa. Gurulah acuan masyarakat. Tidak ada guru maka runtuhkan masyarakat.
Melangkah sahaja kedunia pendidikan (walaupun sebagai praktikal sahaja) satu sahaja azam yang ana pegang
AMALKAN ILMU YANG DIPEROLEHI SELAMA INI. Melihat sebahagian cikgu-cikgu yang masih lagi mencurah ilmu di sini (sekolah menengah ugama arab tarbiah mardhiah panchor) rasa rendah diri sangat.walaupun mereka mengatakan kami kini sama pangkat.tapi guru tetap seorang guru..hormat tetap hormat.
Jika dahulu ana selalu lesu didalam kelas tatkala cikgu yang mengajar tidak dapat pancing minat ana (terutama matematik) untuk belajar..tapi kini ana juga berdepan dengan sebahagian pelajar lelaki yang tidak berminat untuk belajar hadis kerana subjek hadis adalah di penghujung waktu persekolahan (pukul 12.25-1.35 hari khamis) ana mengerti kini. Aktiviti pembelajaran perlu di ubah suai supaya mereka dapat belajar tanpa ada tumpuan lain.contohnya sekali-sekala mengadakan game untuk menghilangkan rasa bosan mereka. Ana boleh rasakan bagaimana kerana dahulu ana pun agak nakal dapat kelas. Jika di hadapan ustaz khairul anuar memberi syarahan mengenai tauhid, tetapi di belakang ana menjalankan aktiviti melukis untuk menghilangkan rasa mengantuk..( jgn report kat ustaz ye…)
Seorang guru kena reda dengan ilmu yang diberikan. Kena sentiasa berdoa supaya ilmu yang dicurahkan meresap kedalam hati dan insyaallah akan di amalkan oleh murid-muridnya,kerana jika tidak diredai ilmu itu akan luput dari ingatan dan mungkin terus keluar dari kepompong ingatan pelajar. Teringat seorang ustazah matematik ketika tingkatan3 (ustazah sakinah) sebelum beliau keluar..beliau akan meredai dan menghalalkan setiap ilmu yang di curahkan. Semoga ana juga bisa mencontohi sikap itu untuk mencapai taraf seorang guru yang baik( insyaallah).
Pesan ustazah firdawati sebelum ana melangkah ke dunia pendidikan ini, jangan membuat perbandingan antara pelajar-pelajar kita.setiap mereka adalah berbeza dari segi IQ dan kebolehan. Ana tak suka adakan denda untuk pelajar-pelajar. Ana lebih suka mereka takut pada akibat jika tidak belajar dan menghayati pelajaran itu sendiri. Sehingga kini Alhamdulillah…rata-rata pelajar 2 bestari boleh menguasai pelajaran dengan berpegang pada peringatan ana sebelum keluar kelas..mereka akan sendiri mengakui kesilapan jika tidak menyiapkan latihan. Kerana denda kadangkala hanya berkesan sementara.
Cerita pasal denda, kenangan tingkatan 6 bawah menggamit memori. Pesan ustaz mat kamal(hadis) jika gagal subjek hadis ganjaranya adalah duduk bawah meja di tengah-tengah padang tobor( perhimpunan).nasib ana memang gagal subjek tu pada fasa 1 peperiksaan STAM..walaupun ustaz Cuma mewujudkan denda..tapi ana dengan rela hati melaksanakan denda tersebut walaupun ustaz tidak memanggil nama yang gagal. bersama sahabat-sahabat yang gagal ( antaranya siti Fatimah Zahra…dan yang lain) kami di denda. Melihat Fatimah di sebelah yang sudah kebanjiran airmata..jiwa ana jadi rapuh. Permulaan yang tabah..berakhirnya dengan titisan menyesal. Menyesal gagal hadis (malu je nangis bawah meja kat tobor). Namun ternyata denda tersebut membuatkan ana mendapat jayyid jiddan bagi subjek hadis. Tidak termasuk lagi subjek faraid dan fekah yang sentiasa membuatkan kami kecut perut saat masa itu telah sampai.
Sebelum dan selepas kelas…guru-guru perlu menyediakan bahan untuk pembelajaran. Perlu muthalaah untuk mencipta beberapa formula supaya pelajar-pelajar faham apa yang ingin di sampaikan. Tugas seorang guru tidak mudah sebenarnya. Kerja tidak berakhir diwaktu sekolah sahaja malah perlu dibawa ke rumah. Baru kini ana memahami jiwa seorang guru. Yang bersifat ingin memberi bukan ingin menerima.memberi ilmu sebaik mungkin. Tatkala berdepan dengan kekaburan pelajar..kita perlu bijak menerangkan. Bak kata penulis buku “guru hadiah dari allah untuk manusia” dengan adanya seorang guru..kegelapan masyarakat hilang.kerana ilmu penyuluh kehidupan. Tidak ada guru yang ingin pelajarnya gagal, Tidak ada guru yang ingin pelajarnya gelap masa depan, dan tidak ada guru yang ingin pelajarnya miskin ilmu.
Betapa mulianya guru-guru kita dahulu. Yang bengkok diluruskan…yang rapuh dikuatkan…yang patah disambungkan..yang cair dibekukan..terima kasih cikgu. Kerana mendidik kami sehingga rata-rata dari kami sudah membina kerjaya hasil keberkatan dan keredaan cikgu-cikgu. Tak ternilai harga sebuah pengorbanan. Perit lelah mendidik kami yang nakal, mencurah ilmu dan membentuk kami .terima kasih cikgu atas segal
alhamdulillah..jaga diri molek
ReplyDelete