Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, November 2, 2010

Tudung....

assalamualaikum sahabat dan adik2 yang ana sayang sangat-sangat kerana allah. Apa khabar iman hari ini?? masih boleh membaca rungutan ana ?? dah boring??...xkira!! ana nak cerita juga...hehe

Hari ni..31 ogos 2010 , terdetik nak tengok cerita melayu (dah hbs paper )..ada babak perkahwinan heroin di masjid . Comel ana tengok pelakon pakai tudung. Ayu sangat dan betul2 melambangkan “dia” sebagai seorang muslimah dan di lahirkan sebagai “islam” . Dan seterusnya babak kematian, pun pelakonya memakai tudung tika itu kerana menghadapi jenazah dan memasuki kawasan perkuburan...terdetik dalam hati “cantik juga kalau pakai tudung pelakon ni..” tapi kenapa mereka “cuba melupakan satu arahan allah??...(surah an-nur : ayat 31) . di asrama dulu , ana pernah tengok sorang adik ni..akan pakai tudung kalau nk mengaji (adab ketika membaca kalam allah) pelik juga..jika diluar..rambutnya di tayang hebat kepada pandangan umum. Ana pernah tanya dia ,kenapa pakai tudung kalau nak ngaji? Sedangkan ia sunat je..adik tu cakap “sebab nak mengaji..adab nak baca al-quran kan kena tutup aurat” eh..tau pulak adabnya kena tutup aurat.

Tapi kenapa allah suruh dan bagi arahan “wajib” korang tak buat??.. kalau jawapan sorang artis ni “hidayah tak dapat lagi..tunggu berkahwin nanti..selepas buat umrah nanti” nak tunggu hidayah ke?? hidayah kita kena cari kak!! ..allah tak kan bagi kalau tak usaha. tutup auratkan wajib bagi orang islam. Tapi sekarang..masyallah..

ceramah pagi qiamullai pada tahun 2006 dulu yang di sampaikan oleh akhi jamal qurtubi, ana masih ingat. Akhi jamal menceritakan pengalamanya “ masa cuti ari tu...ana pergi KL..sampai kat stesen bas, ana tunggu dulu kakak ana ambik.masa tengah tunggu ana “ter” tengok 2 orang gadis berdiri sebelah menyebelah..sama je diorang.tak pakai tudung , berseluar jeans dan berbaju t-shirt. Bile diorang pusing baru ana perasan,sorang tu adalah gadis melayu “islam” ..masyallah..tak ada beza dengan kaum lain.” kesimpulanya?? cuba fikir2 wahai sahabat dan adik2..

kata sorang abang ni pulak (yang buat ana malu) dalam syarahan inhad usrah yang lepas.... “ana terdengar percakapan siswi ,diorang tengah berpakat-pakat nak pakai jubah esok (jumaat) ana tertanya2 nape diorang nak pakai esok?? ada majlis k? Rupa2nya sebab esok hari jumaat...just hari jumaat???” tak logik!! ..tak boleh ke pakai tutup aurat setiap hari??kenapa sebab hari jumaat??..jika setiap hari berpakai sempurna..tidaklah penat mata ustaz-ustaz dan tidaklah kami yang berjubah perlu menahan rasa malu dengan pakaian korang.(asif..betul2 tak boleh tahan)

fesyen tudung pulak sekarang..berbagai-bagai..dari nama ikan bawal(tudung bawal), Seladang (selendang) tudung bibik (arini) banyak orang gunanya...ada yang sekadar nak tutup rambut (tudung bienda) apa ni?? allah dah suruh kita melabuhkan sehingga menutup dada. Tudung seladang tu tutup ke dada?? menampakkan rambut dan telinga ada ler...ana sarankan...baik tak yah pakai terus..buat sakit mata je. Melabuhkan tudung bukan seperti kain telekung...cukuplah menutup dada dan bahu..buka menayangkan apa yang patut di sorok!!!...

malu sesangat..waktu operasi, tudung yang jadi utama.yang jadi sasaran teguran..tapi kenapa nak marah orang tegur benda yang benar?? manusia makin pelik..makin hilang rasa malu.

*ma'alaisy..ana tak boleh nak terus bercerita..nanti lain pula jadinya.

0 comments:

Post a Comment