Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, November 2, 2010

Kerinduan tanah gedung ilmu...
maha suci bagi ALLAH..yang mencipta seluruh Alam dan isi baginya.
Allahu akbar..allah maha besar...pencipta segala-galanya yang aku miliki..

Dari hari kesehari...kerinduan kepada tanah barakah yang sarat dengan ilmu begitu terasa. Mungkin kerana tempoh pengajian kian menghampiri titik nokhtah...ya Allah..aku begitu tidak sabar..tidak sabar untuk menunggu detik itu..

jika di PTAK dulu..tiap jam 7 pagi atau 7 mlm..aku begitu suka memandang awan..yang di hiasi pesawat keserata destinasi..aku ingin terbang juga!!! terbang merentasi benua..tapi,keinginan itu tidak kesampaian...destinasi pengajian ke mesir hanya tinggal angan-angan. Hanya perkhabaran yang aku terima dari sahabat-sahabat yang telah selamat berada di sana. Syukran..buat adik juga,sebab sentiasa menawarkan kembara ke bumi musa a.s .. titisan air mata ku kerap menghiasi pipi...aku begitu rindu..rindu untuk menjejak kaki kesana..cerita ustazah siti aisyah mengenai bukit thur sina menarik minatku pada sesi pembelajaran bahasa arab tinggi dahulu..aku teruja, aku tertarik..ya allah..

pertengahan usia pengajian dalam ijazah sarjana muda bahasa arab..aku meminati bumi jordan. Ungkapan mengenai bumi itu dari ustaz ehab ahmed taufik membina azam baru ku..target ke bumi jordan menjadi pilihan..aku teringin sangat menyambung master ku di sana. Kata ustaz, lughahnya begitu power berbanding mesir.. bersatu senyuman dengan sahabat dunia dan akhirat ku..ilham, kami memasang impian itu. Kami perlu menjejak kaki kesana. Mencedok seberapa banyak ilmu syurga.

Dan hari ini air mataku tumpah lagi..rasa kecintaanku pada bumi ilmu makin kuat terasa. Jordan bagaikan memanggil-manggil, juga melemparkan harapan agar aku segera kesana. Ilham..bilakah akan tiba saat kita kesana? Sempatkah kita sampai kesana? Kau mengertikan wahai sahabatku..kerinduanmu juga begitu utuh pada bumi itu..betapa allah menguji kita dengan kerinduan ini..kerinduan yang entah bila akan tiba masanya..

satu sahaja harapanku..semoga kita bila panjang umur..untuk berada di sana bersama..(^_^)

0 comments:

Post a Comment