Pages

Powered by Blogger.

Friday, July 9, 2010

sekadar perkongsian...

Alhamdulillah...allah masih lagi memberi kesempatan hidup selama 22 tahun ini....
berjalan..dan berjalan...terus berjalan.

Hmm..dalam perjalanan kita akan menemui pelbagai orang sehingga kita tiba di destinasi yang menamatkan segalanya...

sekadar perkongsian cerita dukaku....

mula-mula MP3 ana rosak...segala virus bersarang. dari cucu hingga ke moyang.tak dapat nak dengar nasyid lagi kalau ikut program boring..dengan dukacitanya ana semadikan MP3 yang tak berapa murah tu dalam kotak hijau yang comel (kotak elektronik).waa...itu lah satu-satunya MP3 yang pernah ana beli sendiri (sebelum ni abah yang belikan).mana nak cari MP3 lagi.....

selepas tu hp kesayangan (E71) plk rosak, jatuh dari tempat tinggi...and then tak dapat berfungsi dengan baik lagi.Encik repay kata “habibi “ tak dapat diselamatkan lagi.rasa nak nangis je.nasib baik ada seorang adik bagi pinjam hp dia. 2 minggu juga guna telefon klasik yang berjasa tu.bila report kat abah,sebatu kena jauhkan hp dari telinga sebab abah membebel... “habibi tak dapat di selamatkan lagi”.sedih...marah-marah abah, RM400 masuk dapat akaun ana.abah kata “cari habib baru” .biar betul abah ni?? berpusing mata tengok RM400 nilai tambah dalam akaun.

Beli aje habibi baru “F 305 sony ericsson” ... “habibi kedua” pulak rosak.laptop accer pulak buat hal.beberapa hari tak dapat guna...nasib baik xsmnt entreprenue sempat siap (paksa otak fikir ayat BM yang mudah)..tapi tak pelah..allah bagi tangan dan mata ana rehat jap dari mengadap laptop. Sekarang dah ok..selamat kembali

yang terakhir...kepingan plastik mengantikan duit pulak rosak (kad ATM).gara-gara panas @ tak sabar...duit tak nak kluar.3 kali cuba, mesin ATM dengan mesranya bagitau “perkhidmatan anda tidak berjaya”.alamak!! macam mana ni??..dengan muka separuh sabar ana duduk kat tasik.tengok air.sambil fikir sesuatu.rasanya no pin dah betul.hm..kena ziarah kajang lagilah ...nasib baik suriati nak temankan (padahal dia mmg nk ajak g shopping)..tak sampai setengah jam kakak yang bagi ana title “puan” bagitau “puan salah guna no pin..sekarang kad dah kena blok.alamak!! inilah padahnya bila segala kad bank ada dalam dompet.lepas pengesahan no pin yang asal..kertas biru yang ada no RM50 terus keluar.hanya ucapan ALHAMDULILLAH...dapat ana ucapkan.bersyukur sangat.


Inilah yang di katakan...sepanjang perjalanan macam-macam dugaan dan ragam orang dapat kita tengok dan hadapai.masalah sahabat yang cemburu,cepat naik angin,ikut kepala angin dan suka menjatuhkan maruah orang belum lagi di cerita....kerana allah mencipta bumi ini berwarna-warni dengan masalah.hanya orang yang mampu sahaja dapat menghadapinya..”.tak hidup tak bermasalah”..selagi ada nyawa dibadan kita akan terus mengahdapinya....

I love u allah
ana ahabba ilaikum
wo ai ni
ana sayang kalian

1 comments:

  1. assalamualaikum,,xpo...ummi oyak..segala yg berlaku ado hikmahnya..bile kita bsabar...Allah beri yg lebih baik untuk kita...n segalanya...akhi doakan ukhti sentiasa kuat dlm mhadapi pelbagai benda dlm hidup ni =)

    ReplyDelete