Pages

Powered by Blogger.

Monday, July 26, 2010

Kembara ilmu ke genting highland....

23.07.2010


alhamdulillah masa yang ana inginkan iaitu berlalunya hari ke genting highland menjelma juga. dalam keterpaksaan,ana pujuk diri..”sabarlah wahai hati,sabarlah wahai mata,sabarlah wahai telinga dan sabarlah wahai kaki..kerana terpaksa berpijak pada tanah Genting highland ” bukan ini yang ana inginkan..bukan ini yang ana impikan..berpijak pada satu tempat yang tak pernah wujud dalam kamus hidup ana..

tiba sahaja di tanah tinggi itu,satu sahaja yang ana doa.. “moga allah mempercepatkan masa”
ana pandang kawan-kawan.nampak gembira pada luaran.hanya segelintir berduka dalam hati.ya allah..ana tak percaya!!,berada di sini.

Malam tanpa program..ana keluar ambil angin di luar.walaupun kabus tebal yang menghalang pandangan mata,tapi ana paksa juga kaki untuk berjalan sehingga tiba di taman tema.suasana malam disini..tidak ada beza dengan siang.bising dan terang benderang dengan manusia yang mencari hiburan.otak berfikir sejenak. Sudah hilangkah rasa nikmat mencari ibadah pada waktu malam?? sehingga manusia tercari2 hiburan pada waktu begini?? rata-rata ana tengok insan yang bergelar muslim..MUSLIM...orang arab yang mengaku dari keturunan utusan allah juga ada..sudah hilangkah rasa simpati dan insaf tatkala melihat saudara seislam di palestin ,afghanistan dan negara arab lain yang terseksa??..sehingga mereka sewenang-wenangnya mencari kegembiraan atas tiket penderitaan saudara seislam yang lain??.masyallah..otak ana tepu sekejap..

kembara pagi untuk membuat rakaman..berkumpul pada satu tempat yang membuat ana sesak nafas..MEREKA SUDAH HILANG IDENTITI PELAJAR AGAMA....sana- sini bergurau senda.bertepuk tampar antara lelaki perempuan..hm..ana lupa,kubur masing-masing kata mereka. Sehingga pandangan amaran ana tidak di hiraukan.ana jadi lupa dimana ana berada. Adakah bersama-sama mahasiswa agama atau bersama-sama mahasiswa akademik..

tatkala rakaman di buat...rasa sakit jiwa tak lepas dari di rasai..pelbagai ragam manusia dapat dilihat.banyak benda sebenarnya yang dapat ana belajar dari tempat ini.

Tapi..seperti pesan seorang teman, hadapi dengan keadaan biasa. Sebabnya?? ana taknak lagi program kali ni menjadi seperti program di pahang. Cukup perit..telan juga akhirnya. Berapa lama ana perlukan masa untuk melupakanya. Tidak cukup dengan membuang semua gambar..hmm..lupakan.


PERKONGSIAN ...

malam tanpa program..ana ke taman tema.melihat kanak-kana bermain keretapi,orang dewasa main roller coaster..kelakar..kenapa?? ada satu family arab.. terdiri daripada ibu,kakak dan abang tengah tunggu adik main keretapi, di tepi pagar permainan.. tengah ana leka melihat kanak-kanak arab yang COMEL..ada sorang ni takut nak turun dari keretapi.sebab dia tengok ana ada kat tepi. Kakak budak tu pandang ana dan senyum ( walaupun berniqab,ana tau dia senyum) kakak tu kata “jangan takut adik,dia perempuan arab macam kita juga” ..dia ingat ana orang arab ke?? he..he..memang ana pakai niqab arab masa tu.

Siang hari pulak...waktu tengah ikut kawan-kawan dan rais (wartawan) buat rakaman..ana terserempak dengan 2orang cina..tengah pegang ular..rasa nak pegang je..bila ana dekat,orang tu kata “snake... snake” ana senyum je dan angguk.tapi seorang lagi cina ni cakap “dia mana faham snake..tu orang arablah..” ha..ha..tak jadi ana nak pegang ular tu. ketawa punya pasal. Memang tak janggal ana hari tu.sebabnya ..ramai juga perempuan arab pakai niqab dan berjubah hitam macam ana.betul-betul tak janggal..

waktu nak makan pulak kat kedai mamak..ada sekumpulan lelaki tengah makan kat meja, depan meja kami..ana terperasan..ada sorang mamat ni..tengah tunjuk2 ana pada kawan sebelah..agaknya dia tengah fikir “macam manalah perempuan ni makan??” tapi ana buat tak tau je..sebab dah biasa makan dengan berniqab..ana makan je nasi.tak kisah dah...tapi segan juga sebenarnya..tak pernah makan kat kedai dengan orang lain melainkan dengan familiy je..aduh...gawat.diorang dah pilih tempat jadi terima sahaja..

Bila ingatkan balik..memang banyak benda yang berlaku dalam “kembara ilmu ini...” semua boleh jadi pengajaran..jadi ikhtibar..ada yang ana nak buat lagi dan ada yang ana nak , ia tak wujud lagi...tapi bersyukur sangat..kt sana ana tak keseorangan.punya teman...

0 comments:

Post a Comment