Pages

Powered by Blogger.

Friday, April 30, 2010

perjalanan...









saban waktu kita berjalan...berjalan..berjalan dan terus berjalan.membawa matlamat atau membawa arah.tapi pernahkah kita berfikir..kemana haluan perjalanan kita?? kemanakah kita ingin membawa matlamat kita??apa akan berlaku dimasa hadapan??pernahkah??

rata-rata manusia berjalan tanpa haluan yang tetap,tanpa matlamat yang jelas.pandangan kabur,berjalan mengikut kata hati yang buta tanpa keimanan dan nur dari allah..

ومن الناس من يقول ءامنا بالله وباليوم الأخر وما هم بمؤمنين
yang bermaksud:dan di antara manusia ada yang berkata” kami telah beriman kepada allah dan kepada hari akhirat” padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

(baqarah ayat:8)

mereka tidak pandang langit allah,mereka hanya pijak-pijak bumi allah, tapi mereka hina-hina hukum allah,mereka membuang kitab agung allah,mereka memburuk-buruk utusan allah.tidakkah mereka fikir...siapa yang menjadikan aku??.. bagaimana aku di jadikan?? ..apa khidmat yang perlu aku lakukan sebagai khadam allah??

subhanallah..aku jijik!! jijik!! kerana aku hanya dijadikan dari titisan airmani yang sememangnya hina.aku hanya khadam allah pencipta yang agung.khidmatku hanya dengan mengikuti segala suruhannya.tetapi aku lupa?? lupa pada hakikat ini??aku lupa bila keseronokan dunia mengelilingiku.harta dunia mengaburkan mataku,hiburan dunia yang menghitamkan mata hatiku dan kawan-kawan yang mencorak peribadiku sehingga aku lupa...aku hamba-MU YA ALLAH.aku hamba-MU...
aku lupa merintih dikala alam gelap gelita, aku lupa menyembahmu tiap waktu,aku lupa memohon darimu,aku lupa menunaikan tanggungjawapku..ampuni aku YA ALLAH...


tak tertahan..aku kehilangan masa yang terlalu lama.aku kerugian.lambat benar aku bangkit dari lena yang tiada titik nokhtahnya.


Mungkin..hanya sebahagian yang sedar dari lena itu dan separuh lagi terus hanyut..hanyut tanpa tangan yang bisa mengejutkan...

cuba-cuba kalian fikirkan.
sebelum lena,berapa banyakah pahala yang aku kumpul hari ini?
Berapa dosa kah yang telah aku lakukan?
Apa yang aku lakukan hari ini?
Agak2 sempat tak aku minta maaf dari kawan2 tadi?
Dan...aku memaafkan kamu semua.
Anggap sahaja lena kita itu,sebagai kembara panjang menuju satu tempat,yang tidak mengizikan kita kembali lagi.
KEMBARA MENEMUI PENCIPTA KITA.... bintu abd manaf.
2.14 am
30 april 2010

0 comments:

Post a Comment