Pages

Powered by Blogger.

Saturday, December 12, 2009

cintaku seindah islam 2

kiriman mesej dari firdaus yang masuk ke dalam inbox friendster di baca perlahan.walaupun sudah terputus hubungan 2 tahun,mereka tetap mengenali antara satu sama lain.

'aslkm,enta bila nak balik malaysia?,bila balik nanti jangan lupa bagitau ana.sahabat2 yang lain kirim salam.salam perjuangan sahabatku....'

dia tidak menyangka sahabat yang seorang ini masih lagi mengenalinya.dia melihat kelendar di hadapan.sebulan lagi dia akan pulang ke malaysia.cuti panjang tidak di sia-siakan begitu sahaja.masih tinggal sebulan untuk dia pulang.pantas sahaja dia membalas mesej memberitahu kepulangannya.dia tidak lagi mahu menghabiskan waktu cutinya di bumi ambia'.rindu pada tanah air kian kuat.
Seminggu kepulangannya,temu janji dengan firdaus di penuhi.berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain begitu menggamit memori lalu.masing-masing tidak mahu melepaskannya begitu sahaja.
“macam mana belajar perubatan kat sana? Best tak? “
“alhamdulillah..seronok dapat belajar dengan buku-buku asal perubatan islam.kan perubatan itu asalnya dari orang islam” semua ketawa kecil mendengar.
“bila nak kawin?” soalan nakal keluar dari mulut hakim yang tersenyum dari tadi.ketawa besar sahabat-sahabatnya mendengar soalan cepumas itu.
“enta tanya ana ni,enta dah walimah ke?”dia membalas gurauan itu.
“mana tau,tersangkut pada anak arab kat sana.”
“siapalah nak dekat ana ni,harta tak ada,rupa lagilah.”
“eleh! Rendah diri pulak.tak apa...tapi nanti kalau walimah kat sana,ingat ya..kami kat sini” firdaus tidak putus-putus mengusiknya.
“insyaallah,ana tak janji.tapi prinsip ana,biarlah walimah selepas ana dah bergelar seorang doktor.tak adalah nanti menyusahkan kedua-dua belah pihak dengan beban ekonomi.”
“wah! Hebat bakal doktor kita.ana sokong.”
“eh! Lupa pulak...kita ni sembang-sembang juga.malam ni fakulti ana ada buat debat .bahasa arab lawan bahasa inggeris.nak ikut tak?” husaini bertanya kepadanya.
“boleh juga..”persetujuan di buat.malam itu mereka tiba awal di dalam dewan yang mengadakan debat.tempat duduk hadapan tidak di lepaskan kepada orang lain.selepas dewan di penuhi,debat di mulakan dengan wakil fakulti bahasa arab.seorang mahasiswi dari ijazah sarjana muda bahasa arab bangun ,dengan suara yang penuh yakin hujjah-hujjah di lontarkan.ibrahim terpengun mendengar suara lantang itu.hujjah yang di berikan membuatkan ibrahim mula merasai sesuatu.
“fir,wakil ijazah bahasa arab tadi siapa nama?”dia bertanya kepada firdaus di tepi.
“entah la.ana tak berapa peka nama orang ni.tapi yang ana tau dia sekolah dekat dengan taman tarbiah kita .”
“oh...”
“limaza??”
“la ba'sa....ana cuma kagum mendengar .”dia masih cuba merahsiakan apa yang di rasainya.dia tidak lagi memandang mahasiswi itu.takut jika menimbulkan fitnah .astaghfirallah halazim....duduknya mula resah.2jam yang selebihnya di habiskan dengan membaca buku yang di bawa bagi menghilangkan bayangan wajah itu.dia seperti mengingati kembali bicara seorang gadis dengan wanita cina di dalam bas suatu ketika dulu.
Bicara tentang islam di sertai ayat-ayat al-quran yang lancar sebagai bukti dan terjemahaan untuk wanita itu kian jelas di telinga.'ya...ukhtie inilah gadis yang lantang menegakkan islam itu' .waktu itu dia memang tidak berapa nampak dengan jelas wajah gadis yang duduk di hadapanya.tapi suara itu masih dia ingat.menjawap setiap persoalan tentang islam dengan tegasnya...sehingga menyebabkan dia sendiri terpana mendengar.ya Allah...kau menemukan kami kembali.
Pergi kembali ke bumi ambia' membawa sesuatu yang baru di rasai.tidak pernah dia merasai begitu.resah hati membawa dia berjumpa dengan seorang wakil pelajar malaysia yang sudah berumahtangga.
“limaza ya akhi?? resah je ana tengok sejak balik dari malaysia.rindu pada keluarga lagi ya?...” pertanyaan abang fathi di jawap dengan senyuman.dia senang jika dapat meluahkan masalahnya pada wakil pelajar ini,yang merupakan seorang yang terbuka,lembut kata-kata dan kaya dengan senyuman.
“kenapa ni?? ana tanya enta ni..”dia membetulkan posisi kedudukannya menghadap abang fathi.
“ana ada masalah sikit.. er..”
“ana tau dah..enta mesti ada masalah bila duduk sorang2 kat masjid tadi.cakap la...jika ana boleh tolong,ana tolong setakat mampu”senyuman menghiasi wajah wakil pelajar itu.
“er...hm...macam mana ya.”dia mula menggaru kepala yang ditutupi kopiah hitam.
“cakap la..ha!! Ana tau..enta nak buat walimah ya?? “dia terkejut mendengar patah perkataan itu.tentu abang fathi fikir dia menerima risikan nur jannah anisah, seorang mahasiswi perempuan yang selalu mencari peluang bercakap dengannya.dia ada mendengar risikan itu 3bulan yang lalu sebelum mereka cuti panjang.risikan dari jannah itu di beritahu oleh zaujah abang fathi.katanya...jannah begitu menyukai akhlaknya.baginya...ramai lagi siswa yang berakhlak baik di sini.
Bukan dia tidak menyukai sikap siswi itu...tapi rasanya banyak lagi yang perlu dia buat sebelum membina masjid.jasa ummi abah belum lagi di balas,impian untuk menyambung master pun belum tercapai.lagi pun sifat-sifat yang ada pada sisiwi itu tidak menyenangkan hatinya.dan tidak menepati ciri-ciri yang dia mahu.bukan dia mahu yang cukup sempurna kerana semua manusia tidak sempurna..tapi entah la...dia tidak mau mneyesakkan otaknya untuk berfikir perkara itu.cuma yang merisaukan dia sekarang adalah apa yang dia rasai kini.
“ya allah... akhi,dah lenguh ana bercakap dengan enta ni.boleh pulak enta termenung.”suara abang fathi membawa dia ke alam realiti.
“apa yang abang tanya tadi??” ketawa abang fathi mendengar pertanyaan itu.
“ana tanya enta,enta nak buat walimah ke dalam masa terdekat ni? Sebab susah sangat nak bagitau masalah enta”
“tak adalah!! ana belum fikir lagi soal tu.hm...sebenarnya macam ni...”satu persatu apa yang di rasai itu di ceritakan kepada abang fathi,tidak ada satu pun di tinggalkan.meleret senyuman abang fathi mendengar masalahnya.baginya masalah itu amat sukar di cari jalan penyelesaiannya kerana dia tidak pernah mengalaminya sepanjang hidup di muka bumi tuhan ini.kerana dia bersekolah di sekolah yang semuanya lelaki.dia tidak pandai bergaul dengan perempuan melainkan ummi ,kak ibtisam dan insyirah adik bongsunya.
“oh..ana baru faham masalah enta ni.”
“ana tak pernah rasa macam ni.walaupun semua benda yang ana buat tak terganggu tapi hati ana rasa lain sangat..”
“hm...sebenarnya apa yang enta rasa ni lumrah seorang insan.fitrah manusia yang menyukai benda yang baik,mengkagumi sesuatu tanpa kita sedar.bagus lah enta tak lalai solat.”
“macam mana nak bagi hati tenang balik ? “situasi dia ketika itu bagaikan seorang yang kalah berjuang.
“enta suka dia?? “
“ana tak tau! Apa yang ana rasa,berdebar bila dengar suara dia.ana ada terfikir juga,adakah dia yang allah utus untuk ana?”
“enta dah buat istikharah kan? “
“dah...ana nampak kelopak bunga warna putih yang besar .bercahaya sangat.bila ana nak ambil ana jadi takut.takut bukan untuk ana bunga tu”
“hmm...ana rasa hanya allah sahaja yang tau.cubalah berdoa,moga2 allah tentukan jodoh enta dengan dia.cuba risik2 kawan tempat belajar dia.macam mana dia? Jika niat kita ikhlas nak jadikan dia permaisuri kita,insyaallah, dia milik kita.jangan putus asa.buat masa sekarang ni,lupakan dulu tentang tu.enta pun ada cakap kan tadi nak habis kan dulu pengajian baru fikir soal walimah.”lega di hati kerana dapat berkongsi masalah yang di hadapinya.
“ana akan cuba tanya kawan ana nanti.yang penting ana nak habiskan dulu studay kat sini.kalau ada jodoh ana nak bawak bakal zaujah ana ikut buat master.”
“insyaallah.ana doakan moga allah makbulkan”dia lega kini jalan penyelesaian sudah nampak di lihat.
“syukran...kalau abang tak de ana tak tau nak luah pada siapa lagi”
“afwan...nanti ada masalah jangan pendam sorang2.ana boleh dengar masalah enta “pesan abang fathi.dia mula boleh tersenyum senang hati.
“ana balik dululah..asif ganggu abang malam ni”
“la ba'sa. ana pun tak ada kerja malam ni “
“assalamualaikum...”
“waalaikumussalam.kirim salam dekat ahli bait enta ya...”
“insyaalla”

0 comments:

Post a Comment