Pages

Powered by Blogger.

Saturday, December 12, 2009

cintaku seindah islam 3

“wah! Walid tengok ummi dalam majlis ilmu rupanya.” solehah mula mengerti.ibrahim qauwaisya tersenyum melihat sumayyah menggenggam tanganya.dia begitu mengasihi wanita di sisinya itu.wanita yang begitu menjaga akhlak,pergaulan dan percakapannya.
“habis tu,macam mana pulak ummi boleh terima pinangan walid? “ shahid mula tidak sabar untuk tahu kesudahan cerita.
“ummi sebenarnya dah nampak wajah walid shahid dan solehah dalam mimpi ummi..”
“along tak faham lah ummi...”
“ok..ummi pulak cerita” ibrahim mula mengusik sumayyah supaya mengingati saat mereka bertaaruf.
“ islam hanya membenarkan lelaki dan perempuan yang layak berkahwin bertaaruf dulu ketika bertunang.dalam erti kata lain,kenali dulu pasangan dengan di temani mahram,jadi ummi kenal walid pun masa 2minggu sebelum kawin.kenal pulak ramai keluarga yang tengok.”
“waktu tu,tok mak yang tanya macam2 dekat ummi ,jadi walid dengar ajelah.kami bukan bersembang pun”ibrahim mencelah
“oh...lagi ummi.cerita lah pulak?? “
“nak dengar lagi ke? “
“nak la....”
“ok..ummi citer pulak....”
pagi yang indah..tidak memberi sumayyah peluang untuk tidur sebentar seperti teman sebiliknya yang lain. Surat program nadi lughah ke uiam perlu di siapkan segera .masa yang agak suntuk membuatkan dia menyiapkan surat itu segera.bertemankan alunan bacaan ayat suci di laptobnya..kerja itu menjadi mudah...
“alhamdulillah...siap jugak akhirnya.” surat kebenaran ke uiam untuk program pertukaran idea bahasa arab di pandang dengan senang hati..tugas setiausaha nadi lughah bukan senang.otaknya perlu cergas berfikir.
Surat itu di simpan kemas dalam fail persatuan.pandanganya beralih pada skrin laptob.' eh...ada e-mail ' dia tak perasan tadi.tetikus kecil itu di pengang.kotak kecil itu di ' klik' untuk membaca e-mail yang singgah di inbox nya.terdapat 2 e-mail dari teman2 dari mesir.1 dari komen blog dan 1 e-mail misteri.seperti biasa..e-mail dari mesir memberinya risalah-risalah islam berbahasa arab.dia memang memerlukan risalah itu untuk meningkatkan fahaman bahasa arabnya.dan e-mail misteri itu memang selalu singgah di inbox nya setiap minggu..
from: muslim<muslim_adib@yahoo.com>
to:syauqah<syauqah_umiabi@yahoo.com>
Cc:muslim_adib@yahoo.com
sent:sunday 20 june ; 2009 5.02 am
Assalamualaikum ukhtie....
ana ternanti2 balasan email dari ukhtie..tapi nmpknya mmg akn senyap mcm tu aje.ana begitu mengharap anti membalasnya.tapi...
kenapa xbals?? ..ana telefon pn anti xangkat..
ya Allah...kenapa budak ni tak faham2 lagi..
“kenapa mengeluh ni, su? “ keluhan keras sumayyah di dengari ilham yang baru masuk ke dalam bilik.mereka berbalas senyuman.
“eh...dah bangun..”
“em..ada kerja nak buat..he..he..” dia memang tau perangai sahabatnya yang seorang ini.tidur tak pernah cukup..
“tadi kenapa mengeluh ?” ilham masih tidak puas hati.
“oh..tadi...” belum sempat sumayyah menjawap...bunyi albi nadak dari telefon kecil itu menarik pandangan mereka.melihat sahaja nombor itu...sumayyah mengeluh lagi.
“kenapa tak angkat? “ ilham memegang telefon itu.
“angkat la..cakap ana keluar tak bawa telefon” bersahaja sumayyah menyuruh ilham menyambut panggilan itu.
“assalamualaikum...ya.oh...sumayyah keluar.dia tak bawa telefon.ada apa-apa nak pesan ke?” ilham mula menjadi operator baginya..selepas mengambil pesanan dari pemanggil,ilham menyerah kembali telefon kecil itu pada sumayyah dengan satu senyuman.
“dia kirim salam..” salam itu di biar angin lalu.
“kenapa tak nak angkat tadi? Dia siapa sebenarnya? “ banyak betul soalan ilham..
“entah!! ana pun tak kenal dia.”
“kalau tak kenal macam mana dia boleh telefon su? “
“hm...jap nak fikir” sempat dia melawak untuk melihat tahap kesabaran sahabatnya .
“jangan lah main-main? “
“hm..dia abang muthmainnah.adik usrah ana.” wajah muthmainnah bermain di fikirannya.adiknya nan seorang itu terlantar sakit di hospital sekarang.pengajian terpaksa di tangguh.menjaga ein di hospital lah yang menemukan mereka.tapi dia tidak berminat pada salam perkenalan dari lelaki itu.saban hari menelefon benar-benar mengganggu waktunya.jika e-mail tidak di balas maka panggilan telefon pula di mulakan.
“oh..kiranya dia berkenan lah ni.hm..ni mesti kes cinta pandang pertama kan? “cepat sahaja ilham membuat kesimpulan.
“tak lah..dia cuma nak kawan je.”
“habis tu..kenapa tak terima? “
“ilham...”
“ok-ok...ana faham” ilham mula bergerak ke meja study..
selepas mengemas buku-buku yang berselerak di atas mejanya,sumayyah bangun dari kerusi dan bersiap-siap seperti ingin keluar.
“nak pergi mana? “soal ilham
“nak pergi hantar surat nadi lughah.pengerusi nak tengok hari ni.pergi dulu ya.assalamualikum...”
“waalaikumusslam”
hari ahad memang sunyi sepi kerana kebanyakan pelajar yang tinggal dikolej kediaman membuat aktiviti menziarah shoping kompleks ataupun syahid di katil( istilah ilham).sumayyah berjalan keluar dari kawasan kolej kediaman kerana pengerusi nadi lughah sudah berjanji untuk menunggu di bus stop.
“sumayyah!!...”panggilan itu mengalih perhatiannya pada destinasi.melihat sahaja muslim bersandar pada keretanya,sumayyah cepat-cepat berjalan.tapi pantas sahaja muslim menahan laluannya.
“sumayyah...tunggu dulu”
“anta nak apa lagi?? “ dia bagaikan mahu menangis.
“boleh kita bercakap kejap.ada benda ana nak bagitau.”
“kita tak ada urusan.jadi ana tak perlu dengar apa anta nak bagitau”
tegas sumayyah bersuara.dia perlu cepat berlalu.takut menimbulkan fitnah dari penghuni lain.
“ada! Ana nak tau macam mana dengan jawapan pada soalan ana.”
“ jangan paksa ana.”
“tak..ana bukan paksa.”
“maaf muslim.ana dah jadi milik orang” ya Allah..ampunilah dosa hambamu ini.aku terpaksa berbohong.
“bohong! Ein kata anti single lagi”muslim tidak mahu mengalah
“ana dah jadi milik orang .tunang ana belajar kat mesir sekarang.”
“tapi..”
“maaf,ana ada urusan .assalamualaikum..” pantas sahaja sumayyah berlalu.ya..dia bukan sekadar berbohong,tapi bayangan seorang lelaki berada di tepi sungai nil pernah hadir tika solat istikharah di buat.waktu itu Armin anak kawan umi pernah meminta jawapan sebegitu darinya.selepas memberitahu perihal mimpinya,Armin pantas mengundur diri dan meninggalkan pesan.

'Ana memang bukan jodoh anti.tapi mungkin lelaki di tepi sungai nill itu jodoh anti.ana doakan..anti akan jumpa dia nanti'..

ya,dia masih lagi menunggu lelaki itu.sehinggalah seminggu sebelum final untuk sem terakhir.ustazah solehah memangilnya.membawa hajat seorang mujahid yang masih berada di tanah arab.sifat-sifat yang di beritahu membuatkan dia membuat sekali lagi solat istikharah.dan ternyata dalam mimpi itu..dia menyambut huluran tangan lelaki di tepi sungai nill itu...
“oh..macam tu rupanya..”
“jadi . Lepas kawin,walid bawa umi ya pergi sana? “
“hm...dan along pun lahir kat sana.”ibrahim menjawap.ya..allah memang menentukan jodohnya dengan gadis yang dia kagumi dulu.gadis yang lantang bersuara dalam menegakkan agama.dia bersyukur sangat..kuntuman bunga yang besar itu adalah wanita yang menjadi isterinya kini,ibu kepada putera-puterinya dan anak perempuan uminya.
“hm..along pun nak jadi macam walid.”
“insyaallah..”serentak ibrahim dan sumayyah ketawa kecil.tarbiah akan berkesan jika di semai pada usia muda..begitulah yang mereka harapkan..membina keluarga dalam qudwah hasanah dan mawaddah warahmah.
nadi lughag- kelab bahasa arab
* asif jika cerpen ini ada kekurangan.ana memang tak pandai nak berkarya.

0 comments:

Post a Comment