skip to main |
skip to sidebar
..:: Kitar 9 juta botol untuk sekolahkan anak ::...
Sepasang suami
isteri sanggup mengitar semula botol plastik sejak 10 tahun lalu semata-mata
mahu memastikan dua anak lelaki mereka mendapat pendidikan sempurna sehingga
peringkat universiti.
Zhu dan
isterinya Liu menganggarkan mengitar semula hampir sembilan juta botol plastik dan lebih
20 tan bahan plastik.
“Kami sanggup melakukan apa saja demi anak kami itu.
“Malah kejayaan mereka juga akan menguntungkan negara ini,”
katanya.
Setiap hari, bagi memastikan botol dikutip boleh dikitar semula, Liu membuka
label setiap satu menggunakan tangannya sebelum diasingkan mengikut warna.
Hasilnya, anak sulung mereka kini mempunyai PhD dan bakal menyambung
pengajiannya di Jerman.
Zhu berkata, pada 2006 anak bongsunya yang berada di universiti untuk tahun ketiga pengajiannya
tiba-tiba mahu berhenti belajar dan memulakan perniagaan.
“Saya risau dengan keputusannya dan memujuknya menumpukan perhatian terhadap
pelajarannya.
“Duit boleh dicari kemudian,” katanya. - Agensi
0 comments:
Post a Comment