“Apabila hati rindu menikah”
Pap!
Buku di tangan akmal jatuh mencium lantai.
Suara yang membaca judul buku di
tanganya tadi mengejutkannya yang agak ralit membaca tulisan di belakang kulit
buku. Buku di ambil dari lantai dan kepala berpusing untuk melihat tuan punya
suara.
“ eh, ustazah aisyah”
Berdiri di belakang akmal adalah
orang yang dia kagumi. Raut wajah kelihatan tenang sentiasa.
“tak sangka jumpa encik akmal kat
sini”
“apa pulak ber encik-encik ni,
panggil je akmal”
“hm..janggal, er..thoriq tak
datang?” mata aisyah mencari-cari susuk tubuh anak muridnya itu.
“tak, saya datang sorang je. Dia
keluar dengan mama dan abah dia hari ni. Budak manja tu memang tak boleh
berenggang dengan mama dan abah dia. Asyik nak mengekor je.”
“anak tunggal, biasa macam tu lah.
Tapi dia dalam kelas tak Nampak mengada-ngada macam sesetengah murid. Dia pandai bawa
diri.” Puji aisyah
“dah diajar begitu”
Mereka sama-sama diam. Tak ada modal
nak dibualkan.
“dah rindu menikah ya?” mata aisyah melekat pada buku di tangan akmal
“setiap orang yang cukup syarat dan
normal akan rindu menikah. Bina keluarga, sama-sama pikul tanggungjawap, ada
tempat nak berbicara dan tabung pahala” lancar bicara akmal seolah-olah dia
membayangkan akan wujud ikatan yang suci dalam masa terdekat ini”
“ ya, betul. Nak bina rumah yang ada
tangga ni memang senang. Tapi berapa ramai yang ada persediaan yang cukup
sebelum bina rumah ada tangga tu”
‘Hm…topik makin menarik’ bisik hati akmal
“ Biasa wanita ini apa yang dia
fikir sebelum menjadi isteri?” soal akmal
“kebiasaanya seorang wanita itu
fikir, adakah bakal suami nanti boleh jaga sama seperti ayah ibu menjaga dia
selama ini, boleh ke bakal suami nanti mendatangkan manfaat kepadanya. Manfaat
dari segi soal amal ibadat.”
“jadi kerana itu wanita terlalu
memilih bakal suami?”
“tak juga. Bergantung pada individu.
Soal lewat mendirikan rumahtangga bukan kerana terlalu memilih. Mungkin kerana
jodoh belum sampai atau waktunya belum sesuai.
Sebab sesuatu takdir itu adakalanya baik bagi Hamba Allah. Kita selalu
tak Nampak hikmah pada awalnya. Tetapi penghujungnya kita akan rasa bersyukur
dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita”
“Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam pernah bersabda:Seorang wanita
dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya.
Kenapa dalam senarai,
harta yang berada di tangga pertama, bukan agama?”
“sebenarnya ringkasan dari hadis ini, harta, keluarga dan
kecantikan adalah bonus untuk bakal suami kalau dia dapat bakal isteri yang ada
ciri-ciri ini. tetapi yang beragama merupakan 1 kewajipan kalau dapat cari.
Yang beragama akan menjadikan suami itu kaya dengan pahala, berada dalam
keluarga yang beragama dan punya isteri yang ada peribadi yang cantik. Tak
perlu nak ubah untuk suruh tutup aurat dan cakap bab-bab halal haram sebab
calon itu sudah pun mempelajari dan mengamalkanya.
“macam mana kalau suami jahil tapi isteri dari kalangan
orang beragama?”
“itulah rahsia aturan Allah. Cuma kalau di beri pilihan,
pilihlah yang beragama. Baik dari pilihan suami atau isteri. Seorang isteri itu
akan taat kepada suami bila berkahwin walaupun suami sedikit jahil, tapi suami
yang jahil akan ego dengan teguran isteri yang beragama. Itu yang guru saya
ajar dulu” ustazah aisyah tersenyum pada
buku di tangan akmal. Hatinya rasa senang dapat berkongsi apa yang dia pelajari
dan prinsip hidupnya.
“kalau ustazah sendiri macam mana? Apa ciri–ciri yang
ustazah nak pada bakal suami nanti?”
“saya, sama
juga dengan impian wanita-wanita di luar sana” ringkas sahaja jwapanya
“tapi mungkin
ada lain sikit kan?” akmal sedikit mendesak
“hm..kunci
jawapan pada setiap lamaran ada pada umi abah saya. Kalau mereka suka, saya
akan terima. Sebab hanya umi abah saya yang tahu kehendak dan keinginan saya”
Jawapan yang keluar dari mulut wanita di
hadapanya membuatkan hati akmal berbunga-bunga.
Dia cuba sembunyikan senyuman.
“Hm…saya minta
diri lah ya. Nak bayar buku-buku ni” kelihatan ada beberapa buah buku di tangan
aisyah.
“er..yelah.” akmal Cuma menghantar bayangan wanita itu
dengan menganggukkan kepala. Dia segan sebenarnya.
Buku yang menjadi topik perbualan tadi di ambil
dan beberapa buah buku lain lagi di masukkan ke dalam bakul yang di sediakan
oleh pihak kedai buku popular. ‘buku ini mesti di baca’ bisik hatinya.
Pulang sahaja
dari kedai buku, selepas menyelesaikan beberapa kerja yang penting akmal mula
menyentuh buku yang berkulit warna pink cair. Isi kandungan mula di terokai. Banyak juga panduan mengenai baitul muslim di
kongsi oleh penulis. ‘Tidak sia-sia aku beli’
“sejak bila
kamu suka baca buku macam ni acik?”
Pap!
Cukup dua kali
hari ini dia terkejut dengan suara orang di belakang. Buku berkulit pink itu
cepat-cepat di sembunyikan di sebalik kertas-kertas yang ada pada meja.
“hahaha..tak
perlulah nak sembunyikan. Abang dah Nampaklah”
“kenapalah
semua orang hari ni suka buat akmal terkejut” akmal cuba mengawal rasa malu
kepada abang iparnya. Lokman mengambil tempat duduk di tepi katil yang bercadar
biru laut itu. Tilam lembut itu di usap perlahan. Katil adik iparnya kelihatan
kemas sangat mengalahkan perempuan.
“ada orang lain
lagi ke yang buat akmal terkejut hari ni?” lokman bertanya.
Akmal Cuma
diam. Kepala di garu-garu bagi menutup
rasa malu yang masih ada.
“ ni kenapa
abang masuk bilik acik?” mukanya sedikit masam.
“ tak boleh ke
abang masuk bilik acik?”
“ bukan tak boleh, tapi biasa tak ada pulak
abang rajin buat lawatan rasmi kat bilik acik?”
“ hm…saja je,
ingat nak borak-borak dengan acik. Acik sibuk ke? Kalau sibuk abang keluar dulu
lah” lokman mula bangun dari katil
“ tak sibuk
pun. Acik tengah baca buku ni sebenarnya” buku berkulit pink di tunjukkan
kepada lokman.
“apabila hati
rindu menikah.hm..not bad, bila beli ni?”
“pagi tadi”
Buku berwarna
pink itu lokman ambil dan membuka helaian pertama. Intro buku itu telah
membuahkan senyuman diwajah lokman. Helaian kedua dibuka pula, sehingga
membuatkan akmal mula resah. Kepala di garu perlahan sambil memerhati si abang
ipar yang tengah kusyuk membaca buku miliknya yang belum habis di terokai lagi.
“ err…abang nak
baca sampai habis ke?”
“kamu nak bagi
abang pinjam ke?” soalan di jawap dengan soalan.
“bagi saya
khatam dulu baru abang boleh baca” dengan pantas buku di tangan lokman diambil
akmal.
“kedekut” mata
lokman menangkap sehelai kertas kuning yang jatuh dari buku. Kertas itu
diambil.
“ alamat apa
ni?” terukir kerutan seribu di wajah lokman.
“Ooo… itu…”
****************************************************************
“Ustazah!”
Langkah aisyah
mati. Keretanya yang berada 100 meter didepan hanya di pandang sepi. Pemilik
suara tadi di cari.
“yer..”
“boleh minta
alamat rumah ustazah di kampung?” akmal berterus terang tentang niat dia
memanggil wanita di hadapanya.
“ nak buat
apa?”
“ saya nak
pergi minta kunci dengan ayah ustazah”
“ kunci?”
“ya…tadi
ustazah juga yang cakap. Kunci jawapan
ada pada ayah ustazah. Jadi…saya nak cuba pergi minta kuncilah.” Muka akmal
merah. Dia cuba untuk tidak memandang wanita dihadapanya. Pandangannya hanya
terkunci pada beg plastik putih ditangan wanita itu.
“ err…saya tak
ada kertas” aisyah cuba berdalih. ‘pelik , kenapa dia nak alamat pulak.’
“saya ada
kertas” buku memo pad yang helaian kuning di beri kepada wanita di hadapanya.
Agak teragak-agak juga wanita itu untuk ambil dan tulis sesuatu pada kertas
memo berwarna kuning.
“terima kasih
ustazah. Saya balik dulu. Assalamualaikum”
“er..waalaikumussalam.”
susuk tubuh akmal hilang di sebalik kereta Almera hitam. Aisyah masih lagi kaku
di situ. Agak terkejut bila alamat di kampung di minta,
“Oo…alamat dia.
Kan betul abang cakap hari tu. Akmal akan jumpa sesuatu yang istimewa kat
sekolah thoriq tu”
“macam mana
abang boleh rasa”
“sebab kakak
akmal tu dah pergi merisik pun ustazah tu. Tapi ustazah tu tak tau. Kak ain
cakap, dia sangat-sangat sesuai dengan akmal”
"hah!"....
0 comments:
Post a Comment