Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, July 16, 2013

Saya nak pinang anak pakcik (1)







“acik….” Suara meleret dari belakang memaksa akmal berpaling dan memberi perhatian.


“kenapa ni, pagi-pagi dah buat muka cekodok?” pipi tembam itu di cuit sedikit.

“hantar  thoriq pergi sekolah boleh?” akhirnya keluar permintaan itu.

“Oo…Hantar pergi sekolah. Boleh, kejap acik nak gosok baju dulu. Thoriq pergi sarapan dulu kat bawah ya” senyuman terukir di wajah thoriq yang tembam.

 

Akmal meneruskan aktiviti menggosok bajunya yang tergendala. Orang bujang biasalah semua buat sendiri. Walaupun tinggal dengan keluarga kakak kandung, dia lebih selesa membuat kerja sendiri.

 

Bila persiapan diri sudah rapi, dia turun kebawah dan menyertai thoriq bersarapan.

 

“acik nanti hantar thoriq pergi sekolah ya. Kak ngah lewat sikit lah. Ada hal” tangan lincah ain menuang air ke dalam cawan akmal.

“boleh..tak ada masalah”

“thanks…sorry tau..”

“tak apa kak ngah. Jom thoriq..kalau keluar lambat nanti jalan sesak”  bahagian roti terakhir di masukkan kedalam mulut. Selesai kunyah, air di teguk dan dia terus ke pintu utama.

 

“beg laptop ni nak tinggal kat siapa akmal? Teruja nak hantar thoriq sampai tetinggal beg ya?” usik si abang iparnya, lukman.

“eh, mana ada. Teruja hantar thoriq? Kat sekolah dia bukan ada yang istimewa pun” thoriq hanya mampu tersengih melihat kekalutan pakciknya

“sampai kat sana nanti kamu akan tau lah”

“apa yang best kat sekolah thoriq?” Tanya akmal. Thoriq Cuma diam dan terus keluar ke kereta.

“kakak dengan abang saja je nak usik akmal kan? Kami pergi dululah. Assalamualaikum” akmal mengatur langkah keluar rumah. Enjen kereta dihidupkan beberapa minit dan dia meluncur pergi dengan thoriq.

“benda apa yang best ada kat sekolah thoriq?” dia masih lagi tidak berpuas hati selagi belum mengetahui.

“entah..mama dengan abah saje je kot nak usik acik” thoriq sudah ketawa di site sebelah.

“mana boleh tak ada apa-apa. Beria-ria mama dengan abah thoriq cakap.hisy…pelik lah.” Tangan kanan di bawa ke dahi. Nasib baik kereta masih belum banyak di jalan raya. Jam di dashboard dijeling sepintas lalu. Kebiasaanya jam 6.50 pagi dia masih lagi di meja makan. Kira Alhamdulillah….perjalanan ke sekolah lancar.

“betul acik..thoriq tak tau”  thoriq kehabisan idea untuk menerangkan kepada pakcik tercinta. Jalan terakhir dia ambil adalah diam.

10 minit kemudian mereka sampai dihadapan pintu sekolah. Akmal keluar dan membuka pintu penumpang.


“Assalamualaikum Thoriq”  kedengaran suara lembut menyapa di belakang.

 

                                                        ........bersambung...................

 

*sebarang komentar/ cadangan amat2 di alu-alukan

0 comments:

Post a Comment