Pages

Powered by Blogger.

Saturday, July 13, 2013

..:: Aku Ingin JadI KAYA::...






4 Ramadhan  1434
13 julai 2013

Hari ini ziarah keluarga senior zaman sekolah dan junior tempat belajar. Melihat persekitaran kampng mereka…Rata-rata di kelilingi oleh rumah yang berpenghunikan orang miskin.  Zink rumah yang menunggu masa untuk diterbangkan oleh angin, dinding rumah pula..bagai malu-malu untuk berdiri teguh. Agaknya kalau angin kuat datang..bergegar. berbeza dengan kawasan tempat tinggal saya. Alhamdulillah…rezeki yang melimpah ruah Allah berikan.


Aku ingin kaya



Kenapa saya nak kaya?



Kenapa saya perlu kaya?



topik usrah jun yang lalu juga membangkitkan isu perlu KAYA.
bab zakat yang berkaitan antara orang yang berharta dengan orang kurang mampu


Saya mahu kaya, kerana zaman akhir begini..duit bagaikan nyawa.



Orang miskin perlukan duit untuk terus hidup



Orang sakit perlukan duit untuk berubat



Orang tua perlukan duit untuk maju ke hadapan

Namun…HARUS INGAT!


Jangan jadi Hamba DUIT/ HARTA


 


Saya mahu kaya..sebab, apabila memiliki wang/ duit...itu menjadi tenaga sumbangan kepada yang memerlukan. boleh jadi saham akhirat.

memberi sumbangan, bukan sahaja dengan wang/ duit. kebendaan seperti kenderaan juga boleh menjadi barang sumbangan.contoh?

1- tumpangkan orang
2- memudahkan kerja orang ( boleh sampai pada tepat pada msa)

alhamdulillah...hadirnya my LOVE/ my CAR bukan sahaja untuk diri sendiri. boleh juga bawa sahabat-sahabat ke majlis2 ilmu/ menziarahi/ meringankan kerja mereka.

Sahabat Rasululluah s.a.w sendiri berdoa semoga beliau sentiasa kaya. Berharap hartanya mampu menolong  Daie-daie menyebarkan agama islam, para mujahid dapat terus berjuang menegakkan islam dengan Harta yang ada.   


Ya Allah…Aku ingin Kaya


Kaya dengan Sebahagian Harta itu untuk HambaMU yang memerlukan



*berjalan tanpa duit hari ni rasa tak lengkap. Semoga ada rezeki untuk dia hari ni :-(

0 comments:

Post a Comment