09/01/2013
Bismillahirrahmanirrahim....
jam 2.30 petang saat bersiap2 untuk menghadiri mesyuarat, PakCik Gurd datang bawa 1 bungkusan yang berbalut kertas bunga ros merah.
"ustazah salmiah ada? ada orang jauh hantar bungkusan"
"saya...., jauh tu dari mana?"
"orang tu dari KL"
bungkusan bertukar tangan.
bila tengok balutan bungkusan tu memang kelakar.
macam kelam kabut je bungkus.
berat...berpetak, itu yang saya rasa first time pegang.
bila buka
jeng..jeng..jeng
FADHILAT AMALAN
berkulit warna biru macam jubah hari ni.
macam janji2 pulak ^_^
tapi misteri.
tak ada notis yang mengatakan bungkusan tu dari mana.
nampak sangat memang by hand barang tu sampai.
segan punya pasai...malu dah nak tanya pakcik Gurd banyak2. ambil buku tu dan bawa masuk mesyuarat.
1 jam pertama mesyuarat...habis semua kawan saya mesej. tanya sebab yang tau benda tu dari KL. maka kawan2 yang ada kat KL saya mesej ^_^
tapi...*__*
misteri, semua tak mengaku hantar.
sedapkan hati...mungkin itu rezeki saya orang hadiahkan buku berharga tu.
bila je Bos cakap..
"ok..setakat ini sahaja mesyuarat kita (dalam bahasa cina) saya terus angkat kaki. tak sabar nak korek2 cerita dari pak Gurd" hehehehe
undur kereta yang telah 'cuci' dengan air hujan.
dan berhenti kat gurd. paksa pakcik gurd cerita balik Dari A--->Z
pak gurd kata ada seorang hamba allah ni hantar, dia baru turun dari keretapi (stesen sebelah sekolah je)
dan dia tahu sebab dia tanya kepada si penghantar tu yang rajinkan diri dari KL sentral ke kuala krai (Daerah mengajar)
Adoi...siapa kah kamu???
Encik bos dah marah bawa balik buku tu. tapi saya bawa balik juga (jangan bagitau dia)
Encik misteri...terima kasih bagi buku tu.tapi siapa awak??
ada sesiapa nak mengaku , baik hati bagi saya buku tu..
sila mengaku sebab...sebab saya nak ucap terima kasih hadiahkan buku tu.
0 comments:
Post a Comment