Pages

Powered by Blogger.

Tuesday, January 1, 2013

..:: Hari Kedua Persekolahan::...




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum

02.01.2012

Alhamdulillah...tanggungjawab sebagai muallimah, guru, Lousher dan ustazah tetap di teruskan. 
saya mengajar di sekolah cina. Dan punya BOS cina, ANAK murid cina, RAKAN2 Cina dan Suasana yang cina.

semalam menerima kehadiran RAKAN sekerja yang baru, GURU bahasa melayu dan berbangsa melayu.
kak Maryam kata dia berdoa supaya dapat rakan sekerja yang sealiran pemikiran dan pendapat. Alhamdulillah Allah perkenankan Doa dia dan kami jadi rakan sekerja.

apa yang boleh saya bagitahu kelebihan sekolah CINA ini ialah:

1-akan hilang sifat boros.  kenapa? sebab cikgu2 cina sangat tidak suka berbelanja. mereka masih lagi menggunakan Baju kerja yang 20 tahun yang lalu. masih lagi pakai kebaya nyonya dari nenek. Dan sifat ini amat2 saya suka sebab saya pun jenis susah nak beli baju baru. kalau  di sekolah kebangsaan biasa, Fenomena guru berjualan di bilik guru adalah fenomena biasa. jika tak beli, guru tersebut akan menarik muka masam. sedangkan Kos yang kita guna untuk beli barang yang bukan keperluan itu adalah 1 pembaziran.


2- Jimat pahala. cikgu2 cina tidak suka berborak kosong. masa mereka akan terisi dengan menyemak hasil kerja murid atau membaca. saya pernah memasuki dan mengajar di MRSM. kebanyakkan masa luang mereka akan buka kelab mengumpat atau berbual kosong di kantin. Hasilnya...kerja akan terabai dan tugasan akan tidak siap.

3- jimat masa. mereka akan buat kerja on time. jika dalam jadual 9.15 pg maka dalam bilik mensyuarat akan bersedia sebelum tu. dan habis tepat pada masanya. bangkit isu pula hanya yang penting2 sahaja, jenaka tolak tepi dan setiap cadangan di anggap penting,

SAYA AKAN BAWA DAN HIDUPKAN KEMBALI BUDAYA INI KE SEKOLAH BARU SELEPAS NI


0 comments:

Post a Comment