Pages

Powered by Blogger.

Friday, September 7, 2012

..:: Oh..Abah::...


Bismillahirahmanirrahim....

Rasanya belum terlambat nak wish…salam syawal kn?

7 september 2012

Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat dan adik-adik.
Hari ni saya ada minta sesuatu dari abah. Walaupun nak cepat ke kursus Haji..abah tetap tunaikan. Balik dari kota bharu..bungkusan itu telah ada dalam bilik.
Hati menghantar 1 signal pada otak, timbul rasa terharu yang mengepam seluruh jantung.
Juga menghantar persoalan pada diri, bagaimana seorang bapa sentiasa memenuhi keinginan anaknya sedangkan  hajat kecil seorang ayah sering kita abaikan.

Apa hajat ayah, abah, papa atau apa-apa sahaja panggilan untuk seorang wali kita?

Cuba Tanya ayah kita. Pernahkah kita tunaikan hajat mereka? Pernahkah kita cuba merealisasikan  apa yang mereka inginkan dari kita?

Tentu sahaja banyak yang kita tidak dapat tunaikan.

Saya sedih bila ramai yang mengadu ibu bapa tidak cuba memahami mereka.
Ibu bapa Tidak seperti yang mereka harapkan.

Mari kita Tanya pada diri kita…

Sepanjang usia ini…apa yang telah kita tunaikan pada kedua ibu bapa kita? Dan apakah yang ibu bapa kita tidak buat untuk kita?

Sahabat-sahabat dan adik-adik..
Ibu bapa ibarat tuhan kecil bagi kita.juga pemegang kunci syurga kita. Jangan salah tafsir bila saya ibaratkan ibu bapa adalah tuhan kecil. Kerana ibu bapa lah yang menghidupkan kita, mencorak kehidupan kita selepas allah memberi amanah pada mereka. Sedangkan mereka punya pilihan untuk membawa kita ke dunia ini atau tidak. Mereka pilih untuk membesarkan kita, mentarbiahkan kita. Jangan kita bandingkan ibu bapa kita dengan ibu bapa orang lain kerana setiap orang sentiasa tidak sama.

Alhamdulillah…saya punya ibu bapa yang sentiasa mengharmonikan kehidupan saya dan adik-adik. Keinginan kami sentiasa di penuhi walaupun dengan cara apa sekali pun. Maka saya tidak sedih jika sesuatu yang saya amat-amat inginkan..tetapi tidak dapat mereka tunaikan. Kerana sekian alama saya hidup 24 tahun di dunia ini…keinginan saya sentiasa di penuhi. Sekarang giliran mereka untuk saya cuba tunaikan segala hajat mereka.

sayangilah ibu bapa kita.
cuba simpan segala kecacatan ibu bapa kita dari pandangan masyarakat. 

- mesej saya jika nak tau...abah belikan apa untuk saya ^_^

0 comments:

Post a Comment