mari kita kita buat ujikaji sebelum nak suka seseorang ^_^
atau sebelum nak buat pilihan pasangan hidup yang bergelar ADAM.
ujikaji ni ana buat bila ramai sahabat-sahabat yang tahu...kelebihan ana ialah melihat sahaja kelakuan lelaki dah boleh tahu akhlak kaum adam atau lebih tepat...ramalan yang entah betul atau tidak (nauzubillah dari sifat riak) .sampai ada yang suruh ana jadi detective siasat latar belakang bakal zauj.hehe...xpelah demimu sahabatku.
nak tau akhlak seorang lelaki
tengok sahabatnya
nak tau akhlak seorang wanita
lihatlah ibunya.
tengok sahabatnya
nak tau akhlak seorang wanita
lihatlah ibunya.
kalau nak tau cara layanan
seorg lelaki kpd bakal isterinya
lihat cara layananya kepada si ibu,
kalau nak tau cara layanan si perempuan kepada bakal anak2 nya..
lihatlah
layananya kepada si adik.
sebelum kita menerima lamaran atau risikan seseorang...selidiklah dahulu keperibadiannya, keluarganya, sahabat-sahabatnya dan tahap pendidikan islamnya. bukan hanya kaum ADAM sahaja yang perlu merisik keperibadian muslimah sebelum meminang.
banyak cara yang boleh kita gunakan.antaranya:
-melalui orang tengah
-lihat sahabat-sahabatnya
-lihat keluarganya
-cara pemikiran lelaki itu
cara yang ustazah ana ajar (syukran ustazah Firdawati)
-lihat akhlaknya bersama sahabat-sahabatnya. kehidupan seorang ADAM banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan sahabat-sahabat. berbeza dengan perempuan yang di pengaruhi oleh ibunya.jika sahabat-sahabatnya perangai 3 suku..maka begitulah perangainya. pernah mengenali hamba allah yang luaran nampak cool.tapi masyaallah..suka cakap lucah kt laman sosial, banyak guna kata-kata kesat ( stay away from me!!! )
-lihat cara dia melayan sang ibu. jika perihatin dan bertanggungjawab,maka itulah sifat sebenarnya apabila menghadapi dunia rumahtangga. dari pemerhatian ana (macam polis plk) lelaki yang pentingkan ibunya dari seorang wanita yang belum tentu ada hubungan yang halal..itulah my hero..my khalifah..my kapten kapal yang menuju syurga (harap en zauj nnt seorang yang hargai ibunya)
kaum ADAM susah kita nak jangka emosinya. tapi boleh di lihat pada ketelitian dia menulis (jangan lupa suruh dia menulis dahulu sebelum setuju terima pinangan)
corak tulisan boleh kita tahu keadaan emosinya. jika tulis dengan teliti...insyaallah, rumahtangga nanti aman damai tanpa perang ke-3 or perang saudara.
-lihat cara dia berpakaian (luaran boleh menentukan dalaman)
kalau pakai semua benda serabut..masyaallah..rumahtangga akan jadi tunggang langgang.
pilih..jangan tak pilih..
* diri sendiri pun tengah serabut memikir...antara kelantan atau kuala lumpur..
*___*
0 comments:
Post a Comment