Pages

Powered by Blogger.

Monday, June 18, 2012

..:: LAMARAN DATANG LAGI::.


bismillahirahmanirrahim....


tangga kehidupan kian susah untuk saya daki.
adat anak gadis yang dewasa.. tingkap-tingkap kehidupan sering di intai para ibu dan bapa untuk di jadikan menantu. dan pilihan selalu susah untuk di lakukan. atas dasar simpati atau reda.


tahun akhir..lamaran datang dari senior yang saya pasti akhlaknya kurang saya gemar. pergaulan dengan mahasiswi agak terbuka. MAAF !!  itu bukan yg saya harap dari bakal suami saya. rakan lelaki satu kuliah masih belum mengetahui nama dan kehidupan saya..maka itu yg saya harap dari seorng bakal suami saya. tidak bergaul tanpa syarat dengan perempuan.


detik menanti debaran konvo ...lamaran berkunjung tiba lagi dari seorang pemuda yang saya amat yakin agamanya dan akhlaknya. tapi mama tak restu kerana datang dari pemuda 1 negeri yang pernah menjadi titik hitam dalam keluarga saya. "along faham kehendak mama"


saya tak boleh hidup dengan lelaki tanpa restu mama dan abah
tetapi saya boleh tolak calon dari mama dan abah yang saya rasa tidak sesuai dengan prinsip saya.

penghujung bulan syaaban tahun lepas.. lamaran dari sahabat kepada sahabat saya. cara terhormatnya menarik perhatian saya. meminta izin mama menjadi perkara utama baginya. tiada desakan , tiada mesej yang meminta perhatian saya dan tiada komunikasi. namun sedikit salah faham..semuanya hilang di telan angin ribut.


fokus utama selepas tamat pengajian saya utarakan pada abah. master perlu saya teruskan. di jordan atau dalam negara sahaja. mama keberatan kerana anggap saya mesti lebih utamakan pengajian dari perancangan mendirikan rumahtangga.


Namun panggilan dari MARA menghalang segala perancangan. kehidupan anak bangsa perlu saya corak dengan cara saya di MRSM. hilang segala perkara sampingan. saya turuti kehendak mama. saya ikuti walaupun berlawan arus impian saya.


3 minggu lepas..lamaran datang lagi.  mesej mama membantut selera saya di kem bina insan guru. berita dari mama seolah-olah 1 paksaan "along mesti terima"


saya abaikan..saya cuba lupakan.. menitip pada pantai di hadapan khemah saya. " tolong buat pilihan untuk saya wahai pantai....."


saya gali prinsip saya..saya cuba berlagak tiada yg merisaukan.


rasa kelam...rasa sendu yang berkampung di dalam dada..


"mama..tolong jangan paksa along buat keputusan"


pulang sahaja dari terengganu..mama bertanyakan lagi keputusan tentang lamaran itu. dari pemuda anak kota kuala lumpur ( saya benci tempat maksiat itu) keluarga berpegang kuat dengan agama, keluarga berilmu. kerja di pusat perubatam kuala lumpur . iman bukan boleh di warisi...


jawapan saya setelah di desak mama..


"along akan terima sesiapa sahaja asalkan latar belakang agama kuat, bukan kerja yang menjadi ukuran atau wajah.. cukup jika dia boleh menjadi tempat rujukan along bertanyakan tentang hukum agama, tanya padanya jika dia pernah memiliki sesiapa di hati, along tak nak jadi orang yang kedua"


di hadapan kak aisyah..saya hemburkan segala kesedihan. "mama tak lagi boleh memahami saya"


saya terima saranan kak aisyah, mengadu pada allah yg sentiasa menjadi pendengar setia hambaNYA.
jawapan dari allah melalui banyak cara. terima kasih ya allah..saya yakin dengan jawapan itu


"along tak boleh terima dia"

saya cukup yakin. dengan sokongan dari angah..saya berani meluah prinsip saya. "mama tak kira..tempoh hanya sampai hujung tahun" - kena ugut lagi.

sekarang dah boleh senyum. saya cukup yakin dengan perancangan allah. dekatkan diri kita dengan allah..insyaallah allah akan sentiasa di  hati kita.

jangan ikut  apa yang orang lain boleh lakukan. jodoh maut semua di tangan allah. terkesan dengan buku trbiah mengatakan.. jaga iman jaga akhlak insyaallah semua yang datang akan menjadi terbaik. 


biar lambat asal selamat
biar memilih asal  berkualiti.


kepada adik-adik.. utamakan pelajaran dahulu. berkahwin muda bukan jaminan bahagia. berkahwin awal bukan jaminan elak maksiat. tengok keperluan.


salam kerinduan buatmu...







0 comments:

Post a Comment