Pages

Powered by Blogger.

Thursday, December 29, 2011

Trivia sepanjang 2011



Alhamdulillah..bersyukur sangat kepada allah s.w.t yang memberi kita nyawa secara percuma sehingga kini.

penghujung tahun. cuba fikir apa yang telah kita buat?

tentu banyak kan? tak terkira orang kata ^_^


jom muhasabah.

sepanjang tahun 2011 kita ada tinggal solat tak?

puasa dah ganti?

dhuha ada buat? istiqomah tak?

yang lelaki, sembahyang jumaat tu ada ponteng ke?

masih ingat tak beberapa tajuk khutbah jumaat?

pernah tak kita tolong orang dengan ikhlas, berapa kali?

pernah tak cuba berbaik-baik dengan remaja bermasalah dengan niat untuk berdakwah?

pernah tak kita tegur kawan kita yang buat salah?

masih wujudkah rasa kasih pada rasulluah dengan buat sunnah baginda?

masih kita sayang pada ibu bapa kita dengan berbuat baik pada mereka?

yang perempuan, masih ke tak tutup aurat?

masih ke tak jaga ikhtilat dengan lelaki?

yang dah kahwin, ada lagi ke gaduh2 dengan suami?

masih jerit2 pada suami lagi?


saya insan biasa...banyak melakukan kesilapan tak kira dimana saya berada, tak kira dengan siapa saya berkawan.

jangan malu untuk ucap 'saya minta maaf'

kerana ia adalah 1 ucapan yang boleh menghilangkan rasa ego, sifat angkuh kita.

jangan malu untuk cakap 'saya sayang awak sahabatku'

kerana ia adalah 1 ungkapan yang paling indah dalam dunia. tak percaya? cuba hantar masej pada kawan2 yang kita sayang. tentu esoknya kawan kita bagi hadiah coklat ( rindu sahabat saya)

banyak yang berlaku sepanjang 2011. yang paling teruk, tak sangka kawan sendiri yang curi duit dari akaun saya. dia boleh buat muka seposen bila saya susah hati RM 1000 hilang dari akaun. tak apalah itu antara awak dengan allah.

yang paling best..alhamdulillah lulus degree of arabic dan dapat konvo walaupun tanpa bestfriend dan tanpa 'dia' aku tunggu kau kat 'sane'

semoga tahun baru memberi kita semua kejayaan yang lebih

panjang umur untuk beribadat kepadanya

dapat kerja untuk buat umrah tahun depan.

saya doakan..doa sahabat-sahabat semua dimakbulkan oleh allah.

yang sakit allah sembuhkan..

doakan saya juga..sekarang "dah bertunang dengan penyakit"

tunggu masa tarikh "majlis perkahwinan dengan kematian"

tak tau allah nak ambil nyawa bila..jadi berserah saja ^_^


salam sayang semua..

2 comments:

  1. moga hari yang mendatang akn lebih baik..jangn putus asa dari rahmat allah swt..sentiasa perbaiki diri untuk jalan yg satu..salam ukhwah hapy blogging..:)

    http://www.cinonexcoreyan.com/

    ReplyDelete