Pages

Powered by Blogger.

Friday, August 6, 2010

Ramadhan terakhir....

maha suci bagi allah,yang menciptakan aku sebagai insan yang cukup sempurna.sempurna dengan anggota badan,waras dalam pemikiran....
alhamdulillah..kerana sehingga kini masih lagi bernafas dengan udaraMU ya ALLAH..

ramadhan terakhir..
jangan terkejut sahabat2ku..
itulah hakikatnya yang perlu ana terima ..menjadi yang terakhir disini.kenapa?? ia bukan kerana peluang hidup ana akan berakhir,walaupun hari-hari ana rasa ia semakin hampir.. tetapi kerana kali ni..adalah yang terakhir ana berpuasa di sini.. yang terakhir bertadarus beramai-ramai, dan yang terakhir juga iftar sama2 dalam dulang..ya allah..betapa indahnya ana melalui semua ini dibumi kuis...mungkin selepas ini akan berangkat ke tempat yang baru ,mungkin juga dunia yang baru....

banyak kenangan sebenarnya di sebalik ramadhan di sini..
1)dapat mengenali kakak2 yang kaya dengan kata2 berhikmah..kak dhiat,kak masyitah,kak huda..kamilin..ramai lagi..
2)masih lagi dapat merasai suasana aspuri PTAK...(makan beramai2 dalam satu dulang...cuma tak masak beramai2 je di sini)
3)rasa dihargai sangat...
4)banyak dapat ilmu sebelum iftah..

rasa seronok sangat..sebelum iftar,bertadarus dahulu..tazkirah ringkas..cukup bermakna.

Mungkin selepas ini,makin bertambah..mungkin juga berkurang..hanya allah yang tahu..

rasa sayang pulak untuk meninggalkan bumi kuis..boleh tak mintak doremon(pengaruh adik kat umah) bagi mesin masa untuk kembali pada tahun pertama ana disini??he..he..kalau dapat mesin masa tu,ana nak putar masa balik.tapi memang tak logik lah kn.apa-apa pun kehidupan perlu diteruskan..kerana masa itu emas..amat berharga sangat,jadi hargailah masa belajar ni wahai adik2 akak.kamu takkan tau betapa manisnya waktu belajar.mungkin pada sangat2 terakhir kamu akan merasainya..orang kata,tak terkata dengan kata-kata untuk menggambarkan sebuah kenangan itu..

apa-apa pun selamat berpuasa buat sahabat-sahabat yang meneruskan kembara ilmu,buat angah juga.selamat menempuh bulan ramadhan didunia IPTA..doakan ana..final exam tak lama dah ni..

hayya ila masjid ya sodiiki husna..

1 comments: