Pulang
sahaja dari pasar, pakcik amin mengeluarkan bahan-bahan mentah itu. Manakala
makcik karimah membersihkan ikan dan ketam sebelum dimasukkan kedalam peti ais.
“sayur tu
saya nak goreng bang, jangan masukkan dalam peti” pesan makcik karimah
Pakcik amin
mengeluarkan kembali sayur kobis,lobak merah dan sawi. Pisau dicapai dan
sayur-sayur itu di potong atas papan pemotong. Pergerakan Tangan pakcik amin
yang memotong sayur seolah-olah dia sudah biasa memasak. Akmal yang melihat
dari meja makan terkedu.
Bila makcik
karimah memasak, pakcik amin pula menyediakan bahan memasak. Seolah-olah makcik karimah tangan kiri dan
pakcik amin ialah tangan kanan. Kagum akmal lihat.
Berlaukkan
kari ikan keli, sayur campur dan ikan kembung goreng, akmal menambah nasi untuk
kali ke-3. Rasa ikan keli yang sedap tambahan lagi dia tak pernah rasa di kuala
lumpur, cukup menaikkan seleranya.
“tambahlah
lagi akmal” pelawa makcik karimah
“tak apalah
makcik. Perut saya dah tak boleh nak masuk dah ni. Makcik masak sedap sangat” ahmad hanya tersengih. Walaupun dia tak mampu
bercakap, tapi sifat ramah dia ada untuk meraikan tetamu.
“ lauk
kampung je akmal”
“makcik tak
makan sekali?”
“makanlah
akmal. Makcik perlu pergi jemputan kenduri. Kalau makan sekarang nanti tak
makan pulak kat kenduri tu”
“ anak munah
yang mana dapat kerja tu?” soal pakcik amin
“ anak dia
yang kedua. Alah..yang sama kelas dengan Alif dulu. Alif kata dia minat sangat
nak jadi polis. Ha, sekarang ada rezeki dia dapat jadi polis. Rezeki orang ni
jangan disangka. Allah sahaja yang mampu buat. Tu yang munah buat kenduri
kesyukuran”
“tuah ayam
Nampak di kaki, tuah manusia hanya allah sahaja yang tahu”
“saya perlu
dulu ya bang,”
“yelah..hati-hati
jalan” makcik karimah hanya tersenyum mendengar pesanan suaminya.
Ahmad bangun
dari kerusi sambil membawa pinggan kotor miliknya dan pakcik amin. Pinggan itu dicuci.
Akmal leka
memerhati pergerakan keluarga itu. Ahmad dan Pakcik Amin melakukan sendiri
kerja rumah. Bukan seperti sesetengah orang yang di ketahui.
“termenung
apa lagi tu?” tangan akmal di cuit sedikit. Sekadar menyedarkan akmal .
“tak ada
apa-apalah pakcik” pinggan yang dia guna tadi di bawa ke singki. Span cuci pinggan di ambil dan pinggan tadi
di cuci.
“Pakcik
selalu buat kerja rumah macam ni ya?”
“nak kata
selalu, tak juga. Tapi dah biasalah.”
“Oo…” akmal
mati akal. Dia tak ada modal lagi nak Tanya.
“akmal pelik
ya?”
“sikitlah
pakcik” kepala di garu perlahan.
“kita orang
lelaki, jangan sekadar tahu mengarah je orang perempuan buat itu ini. Bila nak
kahwin tu, ilmu rumahtangga juga perlu ada. Sebab berguna waktu-waktu macam
nilah. Kalau tak pandai urus kerja rumah, macam mana nak hidup kalau isteri tiba-tiba
tak dapat nak buat kerja rumah atau keluar bila ada urusan. Tentu susah.
Jadi..ilmu rumahtangga bagi pakcik, amat penting. Bukan tau makan di meja je”
“betul
juga…”
“suami perlu
jadi fleksibel, serba boleh. Kisah
Rasulluah sendiri, Pernah sahabat bertanya pada isteri nabi“Apa yang Nabi
SAW kerjakan di rumahnya? Aisyah menjawab: “Baginda adalah manusia seperti
manusia biasa di mana Baginda sendiri membersihkan pakaiannya, memerah susu kambing
dan membuat kerja-kerja yang lain untuk dirinya sendiri.
“tapi
pakcik, bukan ke isteri ni wajib buat kerja rumah. Contohnya kemas rumah,
masak, basuh baju suami”
“ Isteri
bukan wajib buat kerja rumah, tapi isteri harus mengerjakan kerja rumah supaya
seimbang dengan kerja suami yang mencari rezeki di luar. Kalau zaman sekarang
yang suami isteri bekerja ni, suami dan isteri perlu kompromi lah. Sama-sama
buat kerja rumah”
“Oo..macam
tu. Habis tu macam mana dengan isteri yang tak pandai buat kerja rumah pakcik?
Macam yang berasal dari keluarga dah biasa ada pembantu”
“akmal
pandai buat kerja rumah?” soalan di jawap dengan soalan. Akmal menggaru kepala
yang tak gatal.
“
sikit-sikit boleh lah pakcik. Kalau masak tu..untuk perut sendiri boleh lah”
“kita
sebagai suami, perlu tengok kemampuan isteri. bila isteri tak pandai buat, beri
galakan untuk mencuba, bukan paksa untuk buat. Macam memasak, perempuan bukan
semua dilahirkan ada bakat memasak, tapi mereka akan cuba walaupun tak pandai
masak. Menjadi tugas kitalah nanti sebagai suami, bagi pujian ke, bagi hadiah
ke sebagai galakan untuk mereka terus berusaha asah bakat memasak, kemas rumah
dan sebagainya. Boleh faham akmal?”
“er..ya..saya
faham pakcik. Saya suka buat kerja rumah sebenarnya. Kalau isteri tak pandai
pun bagi saya tak ada masalah. Sebab boleh sama-sama buat. Seronok juga macam
tu” akmal tersenyum pada akhir kata.
Dia membayangkan,
setiap hujung minggu akan kemas rumah dengan isteri. Dia basuh kereta isteri
pulak akan memasak. Sama-sama ubah perabot rumah. Dia mengharapkan apa yang dia
bayangi akan terjadi pada tahun ni. Untuk berkongsi segala rasa, suka duka.
“isteri
bukan hamba kita akmal, bukan orang suruhan kita. Berapa ramai yang sama-sama
akan buat kerja rumah? Tak ramai..yang ramai pandai mengarah. Cuma pandai bagi
arahan untuk isteri buat itu ini. Sedangkan sekarang sama-sama bekerja. Isteri pun
tahu rasa penat. 12 jam masa di habiskan untuk kerja, balik rumah bekerja lagi
untuk suami dan anak-anak. Apa salahnya kita sebagai suami bantu sikit-sikit. Kalau
tak pandai, boleh Tanya isteri apa yang perlu di buat. Bukan duduk di rumah
pandai riba tangan je. Akmal perlu ingat tu”
“insyaallah
pakcik, saya akan ingat”
“dalam kuliah maghrib, ustaz pernah cerita..pada zaman Saidina Abu Bakar
dulu ada seorang rakyat ni rimas dengan isteri dia yang membebel, jadi dia
pergi ke rumah saidina abu bakar nak mengadu. Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar Al-Khattab, si suami tadi
mendengar suara isteri Khalifah Umar Al-Khattab sedang membebel kepada
beliau.Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab.Bila mendapati
isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan mengenangkan Khalifah
Umar yg mengalami nasib yang serupa dengan dirinya, si suami membatalkan saja
hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar untuk mengadu hal rumah tangganya.Ketika
si suami tadi berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan
bertanya, "Apa hajat kamu datang kemari?"
Lalu si suami tadi menjawab, "Tujuan aku
kemari untuk mengadu hal isteri ku yang kuat membebel, tapi bila mendapati
dirimu juga mengalami nasib yang sama, lantas aku batalkan saja hasratku."
"cuba akmal
teka apa jawap saidina abu bakar”
“er..saya
tak tau lah pakcik”
“Mendengar
jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, "Tidak
patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah
memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku,
membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana
sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri."
Begitulah hebatnya peribadi seorang insan
yang mulia disisi Allah dan Rasul, seorang panglima yang sangat digeruni di
medan peperangan dalam menegakkan panji Islam, tetapi demi kasih kepada
isterinya dan untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, beliau sanggup berdiam
diri dan bersabar melayan kerenah isterinya, jadi kita ni perlu jugalah
bersabar. Sebab isteri pun dah banyak bersabar dengan kita”
“penyabarnya saidina abu bakar tu ya pakcik”
“ apa lah sangat rumah tangga kita dengan
khalifah yang hebat. Dia perlu jadi ketua Negara lagi. Kita ni ketua keluarga
je. Jadi sabar tu perlu sangat”
“Alhamdulillah…saya dah faham sekarang”
“dah petang lah. Mari kita pergi tengok kolam
ikan.”
Akmal mengikuti langkah pakcik amin pergi ke
kolam ikan.
0 comments:
Post a Comment