Pages

Powered by Blogger.

Sunday, November 24, 2013

..:: Kisah Orang Nikah::..








Bismillahirahmanirrahim..


Alkisahnya bermula bila cuti sekolah. Maka bermulalah pesta orang nikah kahwin ni. Saya dapat undangan dari sahabat waktu sekolah menengah ugama dulu. Setengah jam makan Buah langsat dulu sebelum dapat makan nasi orang kenduri kendara.  ^_^



Dan apa yang hendak di kongsi cerita ini ialah hanya sekadar peringatan bersama dan harap boleh ambik pedoman. Tapi…mungkin lain negeri lain cara adatnya kot. Apa yang saya nak cerita ini adalah adat di negeri Kelantan. Ada keluarga yang masih berpegang kepada adat ini dan ada yang sudah tidak mengamalkan.



Ada adat perkahwinan di Kelantan (sesetengah lah yang mengamalkan) ketika pengantin berada di pelamin, akan ada upacara “mengenal” pengantin. Dan para rombongan keluarga pihak lelaki akan bersalam dengan mempelai di pelamin sambil memberi  “cukai pengenalan” iaitu Duit. Paling minimum ialah RM20 dan Maksimum nya ialah RM50. Maka akan adalah di depan pelamin tu bekas tempat letak “cukai pengenalan”



Maka, di depan pelamin tu…tergelaklah saya sorang-sorang sebab kawan-kawan tak Nampak dan dengar kerana pakai sehelai kain di muka. Apa yang kelakarnya? Saya geli hati sebab mempelai macam patung. Boneka pun ya. Keluarga nak tengok dan kenal perlu di bayar. Ada apa pada bayaran? Saya hanya perlu DOA dari tetamu dan kedua belah keluarga ^_^

Saya tahu, orang yang tahu adat ini..mesti marah gila-gila. Dan bila balik rumah pun saya keluarkan rasa kelakar itu dan tak puas hati pada keluarga. Last2 kena marah balik sebab gelakkan orang.hehehe


Adakah bayaran “cukai” itu hanya kerana pada hari itu mempelai di make up ‘terlebih’ cantik?


Nauuzubillah..minta jauh dari Allah dari Adat sebegini. Tetamu datang membawa Doa bersama mereka supaya perkahwinan kita di Redai dan Dirahmati. Tapi bila di kenakan bayaran? Kesian pula kalau tetamu itu orang yang sederhana dan wang dia hanya diperlukan untuk perkara yang lebih mustahak. Tak pergi kenduri, tuan rumah tarik muka pula nanti.

Inilah Adat perkahwinan di Kelantan.

 Di negeri ANDA pula Bagaimana?


0 comments:

Post a Comment