Pages

Powered by Blogger.

Friday, April 19, 2013

...Nama Dia..MurTaZa::...






Dia seorang murid tahun 5 kelas terakhir. Punya perwatakan yang agak istimewa. Berkulit hitam manis, suka tersenyum, rambut di sikat rapi dan berpakaian kemas walaupun baju kelihatan lusuh.


Saya mengajar pendidikan seni semalam di kelas dia, mengajar cara-cara nak buat Tikar.  Muntaza salah seorang murid yang sentiasa ada jika saya bergerak ke meja kawan-kawannya. Dia lebih suka saya tunjuk cara membuat tikar secara detail atau lebih tepat, saya buat separuh dan dia akan sambung sebahagian lagi.

Jika Ada kawan-kawan yang bising, dia akan  memberi amaran supaya diam dan menghormati saya. Dia terlalu sopan sehingga saya jatuh kasihan kepadanya. Kerjanya agak teratur. Semua peralatan yang di gunakan..dia akan simpan dengan rapi. Jika kawan-kawan tidak pandai membuat, dia akan cuba suruh saya bantu kawan-kawannya.

Pulang dari sekolah..
Saya perlu keluarkan duit dan lokasi Bank adalah di dalam Bandar. Parking kereta dan berjalan melawan cuaca yang agak panas sehingga memaksa saya meletakkan tangan di kepala ia Menutupi pandang saya. Sebelum sampai di Bank, saya lihat seorang budak yang berpakaian sekolah sedang mengutip kotak di kedai cina. Mengepit kotak yang telah di leperkan di ketiak. Naik motor bersama-sama wanita yang berusia dan seorang budak perempuan. Saya berhenti kerana saya kenal pada rambut yang di sikat rapi. Dia memalingkan muka kepada saya dan tersenyum…

 “murtaza” dia murid saya. Murid saya yang sopan..

Membantu ibu mengutip kotak di Bandar. Dia ketepikan rasa malu, dia ketepikan rasa panas yang terik itu. Dia murid saya…

Saya sempat dengar ‘ustazah’ sahaja dari mulut dia dan lampaian sebelum deruman motor berlalu hilang dari pandangan saya.

Murtaza…

Anak yang baik..murid yang sopan.. semoga Allah merahmati kehidupanya sekeluarga…memberi hati yang cerah untuk belajar, menjadi insan yang berguna…

Ya Allah…Aku menyanyanginya..berilah kemudahan kepadanya..menjalani kehidupan.

0 comments:

Post a Comment