Salam ramadhan kareem.
"
Dialah (ALLAH) yang Menurunkan Ketenangan ke dalam Hati Orang-orang
Mukmin (Lelaki dan Perempuan), agar Keimanan Mereka Bertambah di samping
Keimanan Mereka (yang Sedia Ada)....
......Dan Kepunyaan ALLAH-lah Tentara Semesta Langit dan Bumi, dan adalah ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Agar
Dia memasukkan Orang-orang Mukmin Lelaki dan Perempuan ke dalam Syurga
yang mengalir Sungai-sungai di bawahnya, Mereka Kekal (Abadan Abadi) di
dalamnya....
.....dan Agar Dia (ALLAH) Menghapus Dosa Kesalahan-kesalahan Mereka...
.....Dan yang Demikian itu, di sisi ALLAH merupakan suatu Keberuntungan yang Besar."[ Surah Al-Fath (48) : 4 - 5 ]
Apakhabar adik-adik dan sahabat-sahabatku? Apakhabar iman
kita, menurun atau sentiasa meningkat? Apakhabar kehidupan kita?
Saban hari saya membaca status di wall atau group di laman social. Mengeluh apabila di timpa
masalah, merungut bila dugaan kian kuat, pakwe curang, rezeki lambat, ibu bapa
tak faham kehendak diri dan sebagainya.
Mari kita pancing kebahagiaan.
Bahagia perlu di cari
Musibah perlu di jauhi.
Macam mana?
Jangan jadikan halangan itu tembok penghalang kehidupan kita untuk menjadi
seperti orang lain. Cipta kebahagiaan. Reka keselesaan. Jika ada masalah...cari
jalan penyelesaiannya..bukan menambah masalah dengan membuat perkara-perkara
yang allah larang. Sebahagian, bila ada masalah …lebih suka mencurahkan masalah
di laman social dan jalan penyelesaiannya di sarankan oleh orang-orang yang
mempunyai pemikiran 3 suku juga (kasar sedikit)
apa salahnya bila ada masalah…cuba mendekatkan diri kepada allah. Ambil
wudu’ dan baca al-quran, solat sunat dan bermuhasabah.
Ibu bapa yang tak boleh nak faham kehendak diri.
Mengikut pepatah:
Mereka lebih dahulu makan garam dari kita.
Pemikiran ibu bapa tidak akan sama dengan kita. Untuk
melakukan sesuatu yang baru…tentu sahaja di halang oleh ibu bapa yang berfikir,
baik buruknya.
Saya sendiri di halang ke mesir 5 tahun yang lalu. Rata-rata
sahabat bertanya, kenapa tak mogok? Kenapa tidak berkeras? Kenapa?
Kenapa?....dan kenapa?
Mama dan abah saya ada alasanya. Jika dahulu saya mogok
sekejap…menolak tawaran dari universiti tempatan gara-gara di halang ke mesir (rasa
berdosa sampai sekarang) tapi sekarang
saya dah Nampak sebab musabbab di halang ke sana.
Jangan mengeluh adik-adik bila tidak mendapat apa yang kita
hajati. Muhasabah diri dan cari kenapa kita tidak dapat. Tentu ada sebabnya
yang kita tak tahu. Berdoa..bertawakal dan berusaha sehinggalah kita mencapai
apa yang kita hajati. Jangan mudah mengeluh dan merungut di laman social yang
boleh dikatakan seluruh alam tahu perangai ibu bapa kita. Jangan adik2…cuba kurangkan,
kesian ibu bapa kita jika tahu kita merungut tentang mereka pada seluruh
orang.cuba ya…
Kebahagiaan perlu dicari
Bukan hanya
mendiamkan diri.
menanti ia datang sendiri
rezeki kerja lambat datang?
cuba kita buat kerja sendiri
buat bisness mungkin, or kerja dengan mak ayah
rezeki jodoh lambat?
kata Prof. Dr Muhaya, saat kaki melangkah keluar...
niat semoga kita bertemu jodoh di tempat-tempat yang baik.
cuba dekati allah
insyaallah kita akan merasakan kasih sayang allah itu tidak akan kurang sedikit pun.
selamat mencuba ^_^
0 comments:
Post a Comment