salam kasih sayang buat sahabat2 dan adik2 yang tak henti-henti membaca coretanku...
syukran..
kenapa dengan tajuk kali ni??hmm..bukan putus asa,tapi ....rasa dah takut sangat dengan akaun dosa yang mungkin setiap hari bertambah,tapi akaun pahala??mungkin tetap nilainya..tidak berganjak...
Ah..ana rasa tak berguna sekejap!!segalanya tak dapat ana selesaikan.kenapa lidah ana jadi kelu?kenapa ana tak boleh memberitahu apa yang ana belajar?”haram itu dik,kenapa tak solat dik,kenapa tak tutup aurat dik?”tapi ...kata2 itu hanya terbuku dalam hati.ana tak mampu nak luahkan.Arg!!! rasa pedih sangat.
Kadangkala rasa tak berguna.mana kekuatan ana dulu? Mana kelancaran kata-kata ana dulu?? dimana??ya allah...aku berdosa padamu..
adakah ini satu petunjuk?bahawa ana bukan lagi pembimbing seperti dulu??ana mahu seperti dulu ya allah.seperti dahulu..suci dari segalanya.kembali kan lah ya allah...apa yang ana ada dulu.ana tak mahu kehilangan kekuatan yang dulu...
tapi jika mati yang terbaik buat ana..ana terima.ana terima jika ia boleh menghilangkan segala resah yang merosakkan uratsaraf pemikiran,cara hidup,prinsip dan segala yang mengalpa kan ana.ana reda..ambillah.
ana keluar hari ini...
memerhati sekeliling..
kadangkala cerah
dan kadangkala gelap...
ana takut untuk hidup lebih lama lagi..
takut nak mencipta hari-hari baru
dengan penambahan titik2 baru pada hati..
sedangkan ia makin banyak..banyak..dan banyak
tak ternilai rasanya titisan mutiara dari kolam hati..
dengan titik2 dosa..
RESAH
Senjakala yang menggamit
Resah dalam perjalanan
Meniti waktu dengan pasrah
Mengharap secangkir kasihMu
Tika dedaun berguguran
Mengimbau kenangan semalam
Apakah dosa-dosa ini akan terampun
Dalam perjalanan kembali
Untukku menuju Ilahi
Tuhan
Kurniakan kasihMu
Munajatku di penjuru malam
Menghapus dosa yang silam
Ingin ku cubit dan kulontarkan
Bersihkan diri menghadapMu
Resah
Menangis dikalbuku
Tika kenangan dahulu menyapa sanubariku
Pasti nasuha yang ku munajatkan
Menyulam hasrat kasih sejati
Kata-kata hati (42) ' Berangkatlah...'
10 years ago
0 comments:
Post a Comment